Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi 10 bulan tertelan pin tudung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi 10 bulan tertelan pin tudung

Bayi 10 bulan tertelan pin tudung

1.png

KUALA LUMPUR – Semalam viral gambar x-ray seorang bayi tertelan pin tudung di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Dalam laporan Harian Metro, bayi lelaki berusia 10 bulan tertelan pin tudung itu adalah benar dan kejadian berlaku pada 14 Julai, Jumaat lalu.

Jurucakap Hospital Kuala Lumpur berkata, mangsa telah dibedah semalam dan pin yang tersangkut di paru-parunya juga sudah dikeluarkan.

“Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kini dilaporkan stabil serta masih dalam pemantauan doktor,” katanya.

3.jpg

Semalam, gambar x-ray Muhammad Naufal Hakim yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengimejan Dianostic, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur itu viral di media sosial.

Gambar x-ray menunjukkan pin tudung yang dipercayai milik ahli keluarganya tersangkut di bahagian paru-paru dan gambar pin tudung yang dikeluarkan itu juga turut tersebar.

2.jpg

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil dinasihatkan berhati-hati dan tidak meletakkan barangan bersaiz kecil di lantai atau di tempat yang mudah dicapai bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.

Sumber: thereporter



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u4Gngl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.