Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hotel yang 'unik', rasa 'selamat' di sini - Review hotel ini pasti akan membuatkan anda 'teringin' pergi bercuti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hotel yang 'unik', rasa 'selamat' di sini - Review hotel ini pasti akan membuatkan anda 'teringin' pergi bercuti


Pengguna di Malaysia kini ramai menggunakan aplikasi tempahan bilik hotel secara online kerana ia lebih memudahkan dan menjimat. Dengan wujudnya pelbagai aplikasi yang menawarkan pelbagai tawaran dan keistimewaan menyebabkan pesaingan menjadi semakin rancak. Akan tetapi, adakah iklan-iklan bilik hotel dan rating yang diberikan di aplikasi tersebut benar-benar menggambarkan keadaan hotel itu yang sebenarnya?

Seperti yang dikongsikan oleh Abang Fadli, alangkah terkejutnya melihat 'keunikan' bilik hotel yang didiaminya di Shah Alam. Dalam lima aplikasi yang digunakannya, rata-rata menunjukkan rating yang 'bolehlah', tetapi apabila tiba di hotel tersebut. Indah khabar dari rupa. 

Menginap di sebuah hotel 'tiada' bintang (ingatkan tiga bintang!) yang terletak di Shah Alam. Menurut aplikasi Tripadvisor, hotel ini bertaraf dua bintang. Online booking dalam 60%. 

Ini sebuah pengalaman yang berharga. Jangan salahkan saya jika anda tiba-tiba terasa hendak pergi bercuti. 


Bilik tidur. Lihat lampu meja, sangat unik.


Lampu meja yang mempunyai bentuk yang sangat unik dan kreatif. Terasa nak beli satu.


Lantai lif 3D. Jika dipijak, jubinnya kelihatan bergerak-gerak. Sangat teruja dengan kecanggihan lantai lif hotel ini. 


Lantai lif secara dekat. Jika anda bosan, boleh juga main susun-susun. Ia seperti puzzle dalam lif. Wow! 


Dari dalam lif. Pintu lif telah dicorakkan dengan mural yang penuh dengan seni. Nampak tak? Siapa yang tak nampak, maksudnya...


Setelah keluar dari lif, disambut pula dengan hiasan dinding yang sangat menarik. 


Litar-litar elektrik juga dipaparkan secara kreatif.


Boleh lihat secara dekat. Sebagai cadangan, wayar-wayar itu boleh lagi dikemaskan dengan corak anyaman.


Pemadam api juga menggunakan teknologi yang terkini iaitu pemadam api lutsinar. Saya berasa sungguh selamat. 


Bilik yang tidak menggunakan tombol pintu. Mungkin menggunakan imbasan retina atau suara? 


Tombol pintu yang kreatif.


Melalui tingkap bilik. Boleh menlihat pemandangan yang indah.


Suis elektrik yang menawan. 


Lampu bilik pun meriah.


Televisyen yang sangat mengikut arus kemodenan. 


Suis elektrik yang sangat selamat. 


Tempat atas barangan tandas yang lutsinar dan unik. 


Besi langsir tandas yang sangat bersinar. Mungkin tertakhtakan tembaga.


Wallpaper bilik tandas yang season dan very hipster. 


Penyangkut almari yang efektif. 


Alat kawalan jauh televisyen yang mempunyai penutup bateri yang lutsinar. Anda tidak pelru lagi tercari-cari alat kawalan jauh yang hilang. warna merah itu menarik perhatian. Bravo! 

Setelah diperiksa di laman Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), hotel ini hanya bertaraf INN dan tidak mempunyai sebarang bintang ataupun orkid. 

Tetapi di laman booking hotel secara online, ia menunjukkan keputusan carian seperti yang tersenarai di bawah, yang mana telah membuatkan saya terperdaya. 

  • Booking - 4 star hotel with 5.3/10 rating
  • Traveloka - 3 stars with 6.5/10 rating
  • Agoda - 2 stars with 63/100 rating
  • Trivago - 3 stars with 63/100 rating
  • Expedia 3.5 stars with 38/100 rating

Kesimpulannya, ini cuma hotel taraf INN dan tiada bintang yang diiktirafkan oleh MOTAC. So, no wonder. But shame on online agents website!

Sumber: Abang Fadli

Orang ramai yang ingin bercuti diingatkan berhati-hati bila memilih hotel yang ingin ditempah. Sekiranya mahu kepastian yang lebih terperinci, contohi cara yang dilakukan oleh Abang Fadli agar anda tidak terperdaya dan mengalami kerugian. 


✍ Sumber Pautan : ☕ Viral Semasa

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uurll7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.