MALAIKAT TIDAK AKAN MASUK KE RUMAH YANG MEMPUNYAI 4 PERKARA INI.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Kebanyakkan di rumah-rumah orang Islam masih terdapat di dinding-dinding rumah mereka tergantung gambar-gambar manusia samaada tuan rumah sendiri atau ahli keluarganya. Atau pun gambar-gambar binatang menghiasi dinding rumah mereka sebagai perhiasan. Tidak kurang juga kita dapati ada sebahagian mereka yang menjadikan patung-patung binatang sebagai koleksi perhiasan yang diletakkan dialmari perhiasan sebagai hobi tuan rumah.
Adakah amalan seperti ini dilarang atau dibenarkan? Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa malaikat tidak masuk kerumah orang yang ada :
Pertama : Gambar
Kedua : Patung
Ketiga : Anjing
Keempat : Orang yang junub.
Huraiannya :
Pertama : Gambar
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan binatang.
Haram bagi orang yang meletakkan gambar yang bernyawa di rumah-rumah mereka, seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut.
Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk bunga, pohon pokok, kapal, rumah, ayat Al-Quran, kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Orang yang paling mendapat seksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar (pelukis/pengukir).” (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian (al-Libas), 5959. Muslim dalam bab yang sama, 2109)
Dalam hadis Nabi SAW yang lain bermaksud : Dari ‘Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang.
Berkata ‘Aisyah: “Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku?
Rasulullah SAW kembali bertanya: “Bantal-bantal apakah itu?”
Jawab ‘Aisyah, “Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: “Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!”
Kemudian baginda bersabda: “Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.”
(Hadis Riwayat Muslim).
Daripada Ibnu Abbas, Aku mendengar Muhammad berkata, ‘Barang siapa membuat gambar di dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa yang dilukiskannya pada hari kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu melakukannya. (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846)
Kedua : Patung
Dalam hadis yang lain menyatakan. Dari Abu Talha meriwayatkan, katanya, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau patung. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan, no. 5250).
Patung manusia atau patung haiwan diharamkan dijadikan barang perhiasan diletakkan di dalam atau atas almari. Malaikat rahmat tidak akan masuk rumah di dalamnya terdapat patung makhluk bernyawa. Tetapi patung mainan kanak-kanak diharuskan (patung mainan tersebut setelah digunakan kanak-kanak hendaklah disimpan dikotak permaian bukannya dipamerkan) berdasarkan hadis riwayat Aisyah.
Dari Aisyah Radiyallahu anha (r.anha) ia berkata: Saya biasa bermain boneka (anak patung) di sisi Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam dan saya mempunyai beberapa orang teman yang bermain bersama saya. Maka jika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam masuk, mereka menutupinya dari baginda lalu berjalan sembunyi-sembunyi dan bermain bersama saya. (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab al-Adab Bab al-Inbisaath ilaa an-Naas, Fath 10/526 dan Muslim kitab Fadhail ash-Shahabah Bab fii Fadhail Aisyah, an-Nawawi, 15/203 dan 204)
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Fathul Bari tentang hadis ini, Hadis ini dijadikan dalil bolehnya boneka dan mainan untuk bermain (mendidik) anak perempuan, dan sebagai pengkhususan dari keumuman larangan mengambil gambar. Iyadl juga menetapkan yang demikian dan ia menukil dari jumhur, bahawasanya mereka membolehkan boneka atau mainan ini untuk melatih dan mendidik anak-anak perempuan agar mengenal bagaimana mengatur rumah-tangga dan merawat anak-anak nantinya.
Ketiga : Anjing
Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing. (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)
Aisyah menyatakan bahawa Jibril (alaihis salam) berjanji dengan Rasulullah SAW untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji. Kemudian Nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil dan berkata, Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini? Dan beliau (Aisyah) menjawab, Demi Allah, saya tidak tahu. Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun menyatakan, Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), untuk kami (malaikat) tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246)
Menurut Dr. Yusuf AlQaradawi di dalam. bukunya Halal dan Haram Dalam Islam pula menjelaskannya begin; Memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada suatu keperluan, termasuk perkara yang dilarang oleh Nabi SAW. Alasannya, dengan membenarkan anjing berkeliaran di dalam rumah dibimbangkan akan tertinggalnya najis pads bekas minuman kesan dari jilatan anjing tersebut.
Sebahagian ulama berpendapat, hikmah dilarang memelihara anjing di rumah adalah; kalau anjing itu menyalak akan menakutkan tetamu yang datang, menyebabkan orang lari dan mengganggu orang yang sedang lalu lalang.
Pun begitu, Al-Qaradawi menjelaskan, anjing yang dipelihara kerana ada kepentingan seperti untuk berburu, menjaga tanaman dan ternakan dikecualikan. Larangan memelihara anjing hukumnya makruh bukannya haram. Kalau sesuatu yang hukumnya haram maka ia sama sekali tidak boleh dilakukan langsung sama ada pahalanya berkurangan atau tidak.
Keempat : Orang yang junub
Dari Aisyah r.ha bahawasanya apabila Rasulullah SAW hendak tidur dalam keadaan junub, maka baginda berwuduk seperti wuduk untuk solat. Dan apabila baginda hendak makan atau minum dalam keadaan junub, maka baginda mencuci kedua tangannya kemudian baginda makan dan minum. (Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad)
Adalah menjadi adab yang lazim bagi seseorang Islam yg beriman itu, jika boleh hendaklah dia tidur dengan berwuduk, kerana orang yang sentiasa berwuduk itu mendapat pahala. Adalah menjadi kebiasaan juga di kalangan orang Islam , setelah berijimak dengan isterinya, suami dan isteri terus tidur atau tertidur kerana keletihan.
As-Sunnah megajarkan kita bahawa selepas berjimak, jika tidak mahu di segerakan mandi junub , seboleh-bolehnya membasuh kemaluan dan hendaklah berwuduk, kemudian barulah tidur.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita amalkan hadis tersebut supaya kita tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT hingga menyebabkan malaikat rahmat tidak datang kerumah kita sebagiaman hadis di atas.
Apakah kesan jika malaikat rahmat tidak datang? Kesannya rumah tersebut tidak ada keberkatan dan syaitan laknatullah bermaharajalela menggoda penghuni rumah tersebut. Jiwa tuan rumah dan ahli keluarganya tidak wujud ketenangan kerana tidak ada malaikat rahmat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan tuan rumah dan dan ahli keluarganya . Malaikat rahmat juga mendorong hati dan jiwa orag mukimin untuk bertakwa dan untuk beramal soleh.
1001 Sirah Nabi Muhammad
Sumber: alamatalamatkiamat
via Bin Usrah
✍ Sumber Pautan : ☕ Viral Semasa
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ve12NC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment