Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tunjuk jejak dana RM2.6b: MP Puchong cabar AG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tunjuk jejak dana RM2.6b: MP Puchong cabar AG

Gobind cabar Apandi: Tunjuk jejak dana RM2.6b
mk      Hari ini, 3:35 petang
Anggota Parlimen Puchong mencabar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan perjalanan wang yang menyokong dapatan pihak berkuasa bahawa dana bernilai RM2.6 bilion dalam akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak benar-benar suatu derma.

"Apa yang susah sangat nak buat begitu?" kata Gobind Singh Deo melalui mesej teks kepada Malaysiakini hari ini.

Gobind mengulas kenyataan dibuat Apandi bagi menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ceramahnya malam tadi.
Bekas perdana menteri itu mendakwa Apandi menyembunyikan bukti berkaitan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib.
Gobind yang juga ketua biro undang-undang DAP berkata, Apandi sepatutnya tahu benar mengenai asas prinsip keadilan ialah tiada seorang pun berhak membuat penghakiman dalam sesuatu isu jika ia melibatkan kepentingannya sendiri.
Guna OSA
Justeru kata Gobind pengisytiharan Apandi dalam kes-kes yang melibatkan tingkah lakunya sebagai peguam negara dipertikaikan, tidak banyak banyak memberi kesan.
"Untuk meyakinkan rakyat Apandi patut mendedahkan laporan yang menunjukkan laluan wang berkenaan sepenuhnya sebelum beliau membuat keputusan muktamad (membersihkan perdana menteri daripada salah laku).
"Laporan itu mesti dibentangkan di parlimen dan terbuka kepada orang awam," katanya.
Kata Gobind Apandi perlu berani menyahut cabarannya itu.
"Lagi pun, seperti yang dikatakannya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau ada menyembunyikan sesuatu," katanya.
Bercakap dalam majlis ceramah Pakatan Harapan di Shah Alam malam tadi, Dr Mahathir berkata, jika gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya mereka akan memanggil Apandi untuk disoal berhubung penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk siasatan skandal 1MDB.
Bagaimanapun Apandi berkata apa yang dilakukannya sebagai peguam negara dalam siasatan itu dibuat berdasarkan kepada fakta yang terkandung di dalam kertas siasatan.
"Tiada apa untuk disembunyikan," kata Apandi kepada Malaysiakini.
Pada Januari tahun lalu Apandi membebaskan Najib daripada sebarang salah laku berhubung kewujudan dana RM2.6 bilion - didakwa sumbangan derma daripada hartawan Arab - dalam akaun peribadi perdana menteri itu.
Apandi juga mendapati Najib tidak terbabit dalam sebarang salah laku dalam isu bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Beliau juga menafikan dakwaan Jabatan Kehakiman AS yang mendakwa dana 1MDB diselewengkan.

* Dari apa pimpinan HARAPAN janjikan, cer bayangkan apa yang akan terjadi 'seandainya' BN tersungkur di PRU14 nanti

Berita berkaitan:

Dr M: HARAPAN akan soal AG jika menang PRU
AG: Tiada apa mahu disembunyikan, saya tak takut Mahathir


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u52UK8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.