Hi! Welcome Back and Stay Tune! Parking di rumah jiran sebab nak potong rumput tapi terlupa nak alihkan, pemilik Myvi kesal keretanya dicalar dan 4 tayar dipancitkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Parking di rumah jiran sebab nak potong rumput tapi terlupa nak alihkan, pemilik Myvi kesal keretanya dicalar dan 4 tayar dipancitkan

Parking di rumah jiran sebab nak potong rumput tapi terlupa nak alihkan, pemilik Myvi kesal keretanya dicalar dan 4 tayar dipancitkan

Parking di rumah jiran sebab nak potong rumput tapi terlupa nak alihkan, pemilik Myvi kesal keretanya dicalar dan 4 tayar dipancitkan

KUALA LUMPUR – Jika anda berada di situasi yang sama, sudah pasti akan timbul rasa tidak puas hati dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah menceroboh kawasan rumah anda.
Itulah yang berlaku kepada seorang pemilik rumah yang tidak dinyatakan lokasinya, apabila sebuah kereta diletakkan di dalam rumahnya tanpa kebenaran. Sudah puas memanggil pemilik kereta tersebut, namun tiada sebarang respon yang diberikan. 
“Apa patut aku buat bila tengok kereta jiran sebelah parking depan rumah aku? Panggil berjam-jam tak menyahut. Parking depan rumah dia dibiarkan kosong. Memang cari nahas ni. Hangpa rasa??” katanya pemilik rumah yang tidak didedahkan identitinya. 
Bagaimanapun, pemilik kereta Perodua Myvi itu tampil memberikan penjelasan dan sebab mengapa dia meletakkan keretanya di rumah jiran sebelah. 
“10 Julai 2017, jam lebih kurang 5 petang, saya balik dari kerja. Saya balik dan potong rumput di halaman rumah. Jadi, saya alihkan kereta ke halaman jiran sebelah sebentar. 
“Saya potong rumput sehingga jam 7.30 malam. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan saya bergegas masuk ke rumah sampai terlupa kereta yang diletakkan di depan rumah jiran sebelah. 
“Keesokannya, saya terlambat bangun. Sudahlah lambat, tergesa-gesa nak pergi ke tempat kerja. Tak sempat nak alihkan kereta. Saya pergi kerja naik motosikal saja. 
“Ketika berada di tempat kerja, saya baru tahu jiran sebelah dah bising. Lalu saya minta pass keluar selama dua jam untuk pulang alihkan kereta. Sampai saja di rumah, tengok-tengok kereta telah diperlakukan macam-macam. Habis kereta dicalar dan keempat-empat tayar dipancitkan,” katanya. 
Berdasarkan gambar, kereta Myvi tersebut dipancitkan keempat-empat tayarnya, selain lampu depan turut dicalarkan. Malah, ayat ‘aku bodoh’ juga sempat ditulis pada kereta Myvi itu. Turut ditemui nota yang ditulis pada kertas putih yang diletakkan di depan dan belakang kereta.
Pemilik Myvi berkenaan kesal dengan tindakan jirannya itu yang bertindak terburu-buru sehingga merosakkan hartanya. Sedangkan masing-masing beragama Islam dan masalah itu boleh dibawa berbincang. 
Moralnya, terdesak macam mana sekalipun atau apa jua alasan yang ada, jangan sesekali menceroboh kawasan rumah orang walaupun rumah itu tidak berpenghuni dan sebagainya. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. 
Sumber: TR


Sumber Parking di rumah jiran sebab nak potong rumput tapi terlupa nak alihkan, pemilik Myvi kesal keretanya dicalar dan 4 tayar dipancitkan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tbmO3e

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.