Kelemahan US Dolar Terus Menyokong Logam Berharga
Harga emas dilonjakkan oleh kelemahan US dolar sejak tujuh sesi dagangan lepas. Faktor terbaru yang menyokong emas adalah ketidaktentuan polisi di Amerika Syarikat yang memangkin kejatuhan US dolar pagi tadi.
Selepas kejatuhan dalam pada Jumaat, US dolar sekali lagi ditekan dalam awal sesi Asia dengan EURUSD berjaya menembusi ‘major resistance‘ di 1.1500 dan kini berada di sekitar 1.1577 setakat pukul 10.43 pm.
Indeks US dolar setakat ini pula berada di sekitar 94.35, jatuh 0.61% tertekan oleh kenaikan matawang Euro yang merupakan pemberat terbesar dalam indeks ini.
Apa yang berlaku kepada US dolar adalah risiko polisi US apabila pihak Republikan gagal dalam cubaan kedua menggantikan Obamacare sekaligus menimbulkan keraguan kepada kebolehan pentadbiran baru US untuk mengubah polisi yang lebih penting iaitu percukaian. Kegagalan ini seterusnya telah membenam US dolar lebih rendah dalam sesi dagangan Selasa.
Kelemahan US dolar inilah yang terus menyokong komoditi berharga seperti emas, khususnya apabila hasil-bon juga turut bergerak lebih rendah.
Dalam keadaan seperti ini, harga emas meneruskan kenaikan ke paras tertinggi dua minggu lalu, dan kini melepasi paras harga $1,240.
The post Kelemahan US Dolar Terus Menyokong Logam Berharga appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uvQGva
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Nice Artikelnya.. ijin share dan jangan lupa kunjungan baliknya... http://essenaquatic.xyz/umpan-ikan-bawal-kilo-gebrus/
ReplyDelete