Hi! Welcome Back and Stay Tune! Annuar Musa: FMLLP, FAM hancurkan Red Warriors - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Annuar Musa: FMLLP, FAM hancurkan Red Warriors

 | July 9, 2017
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan berkata, Kelantan kini berdepan diturunkan ke Liga Perdana akibat sekatan-sekatan yang dikenakan oleh kedua-dua badan tersebut.
annuar-musa-trw
KOTA BHARU: Tan Sri Annuar Musa mendakwa tindakan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghancurkan daya saing pasukan The Red Warriors (TRW).

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu berkata, Kelantan kini berdepan diturunkan ke Liga Perdana akibat sekatan-sekatan yang dikenakan oleh kedua-dua badan tersebut.

“FMLLP (dan) FAM sudah boleh bergembira meraikan kejayaan mereka menghancurkan daya saing TRW… kini TRW sedang menuju (ke) Liga Perdana dan pelaburan penaja habis ke laut,” katanya menerusi catatan dalam laman sosial Facebooknya hari ini.
Sebelum ini, KAFA berdepan beberapa isu dengan FMLLP antaranya dipotong 3 mata dalam saingan Liga Super selepas persatuan itu gagal melunaskan tunggakan gaji pemain pasukan tersebut musim lalu.

Selain itu, KAFA turut dikenakan sekatan membawa masuk penyerang dari Perancis, Seydi L Imam bagi menggantikan pemain import, Alessandro Podovani Celin.

Rayuan yang dikemukakan KAFA bagi mendapatkan khidmat pemain tersebut turut ditolak FMLLP.
Kelantan kini berada di tangga ke-7 saingan Liga Super dengan 17 mata selepas 14 perlawanan hasil daripada 6 kemenangan, 2 seri dan 6 kekalahan.

Dalam aksi Piala FA pula pasukan kendalian Zahasmi Ismail itu hanya sekadar layak beraksi di peringkat pusingan ke-2 selepas tewas kepada pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC).
Dalam saingan Piala Malaysia yang membuka tirainya Selasa lalu, Kelantan di tangga ke-3 Kumpulan C apabila mencatatkan 1 kemenangan dan 1 kekalahan selepas 2 perlawanan
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u7JUMq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.