Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mufti arah lelaki-lelaki cabul poster gadis Shell segera bertaubat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mufti arah lelaki-lelaki cabul poster gadis Shell segera bertaubat

Mufti Wilayah Persekutuan menasihatkan beberapa individu yang bertindak ‘mencabul’ poster gadis iklan Shell sehingga tular baru-baru ini supaya bertaubat.

Mufti arah lelaki-lelaki cabul poster gadis Shell segera bertaubat

Mufti arah lelaki-lelaki cabul poster gadis Shell segera bertaubat

 

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kaum lelaki yang terlebih dahulu perlu menundukkan pandangan dan menjaga maruah mereka. 

Katanya, tindakan ‘mencabul’ poster iklan wanita terbabit adalah perlakuan yang memalukan, menjatuhkan maruah dan tidak wajar dilakukan oleh seorang Muslim yang baik. 

“Kami menasihatkan beberapa individu yang telah berbuat demikian terhadap ‘standee’ wanita tersebut wajar bertaubat dan berubah menjadi Muslim yang lebih baik,” kata Mufti Wilayah Persekutuan menerusi kenyataan di Bayan Linnas siri ke-102 yang dikongsikan di Facebooknya pada Ahad malam.

 

Terdahulu, iklan gadis Shell ditarik semula berkuat kuasa serta-merta awal bulan ini susulan tindakan beberapa individu tidak bertanggunjawab melakukan aksi tidak senonoh dan ‘mencabul’ poster tersebut sehingga tular di media sosial.

Zulkifli berkata, kaum wanita juga perlu berusaha untuk mengelakkan sebarang fitnah daripada berlaku. 

Tambah beliau, apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah perlu dielakkan.

“Justeru, kami melihat usaha Shell menarik kembali ‘standee’ berkenaan wajar dipuji kerana ia menutup pintu-pintu fitnah dalam masyarakat.

“Kami percaya akan kebijaksanaan pihak Shell dalam menangani isu ini dan bersedia untuk memberikan buah fikiran dan pandangan sekiranya ada keperluan,” katanya.

Menurut Zulkifli, mempamerkan akhlak mulia merupakan keindahan dan nilai yang tinggi dalam masyarakat. 

“Kemuliaan budilah yang membezakan manusia dan haiwan liar. Berbudi bukan satu hal yang boleh dibuat-buat. Ia merupakan hasil terakhir dari pembentukan peribadi dan jiwa sejak kecil lagi,” katanya.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi blognya berkata, tindakan individu yang terlibat adalah sangat mengecewakan, memalukan dan bertentangan dengan budaya peradaban masyarakat kita.

“Ia merupakan satu penghinaan dan kurangnya rasa hormat segelintir pihak terhadap wanita, berhentilah melakukan wanita sebagai objek, kita bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa buat kaum tersebut.

“Walaupun ada yang berniat untuk berjenaka, saya mahukan kita semua lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat,” kata Najib sambil berharap agar rakyat Malaysia kembali berpegang kepada prinsip rukun negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Sumber: Mstar



Sumber Mufti arah lelaki-lelaki cabul poster gadis Shell segera bertaubat

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tyX5V9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.