Hi! Welcome Back and Stay Tune! aksi bunuh diri penunggang motorsikal di lampu lampu isyarat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

aksi bunuh diri penunggang motorsikal di lampu lampu isyarat

aksi bunuh diri penunggang motorsikal di lampu lampu isyarat|Salah satu perkara paling memualkan apabila kita berhenti di persimpangan lampu isyarat ialah menyaksikan bagaimana sesetengah penunggang motosikal melanggar lampu isyarat berwarna merah.

Tindakan yang dianggap berlagak berani itu hakikatnya lambat laun akan mengundang padah kepada mereka dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), motosikal mencatatkan lebih 60 peratus kematian di jalan raya. Sementara kadar kemalangan maut paling tinggi melibatkan orang muda yang berumur di antara 16 hingga 25 tahun, majoriti mereka menunggang motosikal.

Penulis sendiri pernah menyaksikan bagaimana kedegilan seorang penunggang motosikal mematuhi arahan lampu isyarat berwarna merah mendatangkan kecelakaan apabila dia merempuh sebuah kereta yang mahu membelok.

Percaya atau tidak, tindakan melanggar lampu isyarat berwarna merah oleh penunggang-penunggang motosikal boleh dikatakan berlaku di hampir semua persimpangan lampu isyarat di negara ini.

Persoalannya, kenapakah mereka sanggup melakukan perbuatan yang dianggap membunuh diri itu sedangkan menunggu lampu isyarat bertukar hijau bukanlah lama sangat.

Akibat tindakan `bunuh diri’ itulah ia turut menyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya yang menyaksikan saban tahun daripada keseluruhan tragedi itu 60 peratus melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Itu belum lagi kita mengambil kira bagaimana kegilaan remaja bergelar ‘mat rempit’ melakukan aksi-aksi bunuh diri di jalan raya dan lebuh raya di negara ini khususnya pada waktu malam.

Dalam soal ini, jangan salahkan pihak berkuasa mahupun undang-undang. Malaysia mempunyai undang-undang paling lengkap manakala pihak berkuasa sudah melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan kadar kemalangan khususnya dalam kalangan penunggang motosikal.

Tetapi malangnya ada sebahagian mereka, tidak tahu menghormati undang-undang dan sengaja mahu menempah maut dengan melanggar lampu isyarat berwarna merah. Sebenarnya, bukan soal pihak berkuasa atau undang-undang sebaliknya ia disebabkan oleh sikap penunggang motosikal itu sendiri.

Apa yang dikatakan ini bukanlah satu dakwaan tetapi berdasarkan gambar-gambar yang dirakamkan oleh jurugambar Utusan Malaysia di seluruh negara, semalam dan hari ini.

Lihatlah bagaimana tidak ber­disiplinnya sesetengah penunggang motosikal. Mereka tidak tahu erti untuk bersabar menanti lampu isyarat bertukar hijau. Sebaliknya mereka berasa seolah-olah ‘satu kepuasan’ apabila berjaya melanggar lampu isyarat berwarna merah.

Persoalannya, sampai bilakah kita mahu membiarkan keadaan itu berlaku? Kalaulah sesetengah penunggang motosikal itu mahu me­nunjukkan lagak bunuh diri, silakan sahaja tetapi masalahnya perbuatan mereka turut mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain termasuk penunggang-penunggang motosikal yang berhemah.

Penulis sebenarnya sama sekali tidak bersimpati jika ada kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang melanggar lampu isyarat berwarna merah kerana mereka yang mencari pasal. Oleh itu bak kata orang berani buat beranilah tanggung termasuklah menempah maut.

 

 

The post aksi bunuh diri penunggang motorsikal di lampu lampu isyarat appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sX697p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.