Minyak Mentah Global Meneruskan Kejatuhan, Brent-Oil -0.90%
Harga minyak mentah dunia jatuh pada Isnin, menambah kerugian yang dicatat minggu lalu selepas aktiviti pengeluaran di Amerika Syarikat, OPEC dan non-OPEC merekod penambahan yang signifikan.
Harga minyak mentah jatuh selepas OPEC memberi isyarat akan mengurangkan pengeluaran oleh Libya dan Nigeria.
Minyak Brent (Brent-oil) penanda aras minyak mentah global berada di sekitar $46.30 setong susut 0.90% setakat pukul 7.40 pm. Manakala minyak WTI (West Texas Intermediate) pula didagang di sekitar $43.81, jatuh 0.95% setakat ini.
“Pasaran ini dalam masalah dan begitu terdedah dengan harga yang lebih rendah,” kata PVM.
Negara-negara pengeluar OPEC dan non-OPEC telah bersetuju untuk melanjutkan pemotongan bekalan sehingga Mac 2018 tetapi masih gagal membawa harga ke paras yang lebih stabil.
Beberapa Menteri OPEC akan bertemu dengan Rusia pada 24 Julai di St. Petersburg bagi membincangkan keadaan semasa dalam pasaran minyak.
Kuwait berkata pada Ahad bahawa Nigeria dan Libya telah dijemput ke mesyuarat tersebut dan pengeluaran mereka akan dikurangkan seawal November.
ANZ bank berkata pasaran “akan terus fokus kepada peningkatan aktiviti carigali di US”.
The post Minyak Mentah Global Meneruskan Kejatuhan, Brent-Oil -0.90% appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v3aXVn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment