Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas kekasih rupanya… – Suspek letak bom bawah kereta jururawat ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas kekasih rupanya… – Suspek letak bom bawah kereta jururawat ditahan

SUSPEK utama dipercayai meletakkan bom buatan sendiri di bawah kereta bekas kekasihnya di Kapar, kelmarin, ditahan polis di rumah di Taman Petaling Indah, Klang, hari ini.

 

Bekas kekasih rupanya... - Suspek letak bom bawah kereta jururawat ditahan

Bekas kekasih rupanya… – Suspek letak bom bawah kereta jururawat ditahan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek, 28, yang juga bekas penuntut kolej swasta dalam bidang elektronik pada 2006 dan pernah bekerja sebagai jurujual di kedai elektrik ditahan dalam serbuan pada 3.30 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan polis di kediaman suspek turut menemui beberapa alat elektronik termasuk alatan dan mercun letupan yang disyaki digunakan untuk membuat bahan letupan jenis Improvised Explosive Device (IED).

“Suspek mengaku sebagai bekas kekasih kepada mangsa dan kini mereka berbalah disebabkan soalan kewangan. Polis masih meneruskan siasatan bagi menentukan motif sebenarnya.

 

“Reman ke atas suspek dibenarkan selama empat hari mulai hari ini sehingga 13 Julai ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, jururawat wanita berusia 27 tahun berdepan detik cemas selepas bom buatan sendiri ditemui di bawah keretanya.

Kejadian berlaku 10 malam itu ketika mangsa memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumah.

Mangsa terdengar bunyi ‘beep’ dalam keretanya sebelum berhenti di rumah bapa saudaranya di Taman Damai, Kapar untuk meminta bantuan.

Pemeriksaan bapa saudaranya itu menemui objek yang diubahsuai seperti bahan letupan yang dilekat di bumper kereta mangsa.

Polis kemudiannya dihubungi dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Selangor ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

Bom jenis IED itu dimusnahkan di kawasan padang bola bersebelahan Balai Polis Kapar dengan menggunakan robot pemusnah bom (TEODOR).

Sumber: Metro



Sumber Bekas kekasih rupanya… – Suspek letak bom bawah kereta jururawat ditahan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t4NlOY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.