Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spider-Man: Homecoming berbaloi ditonton - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spider-Man: Homecoming berbaloi ditonton

TERUS terang, selepas kemunculan Spider-Man dalam filem Captain America: Civil War tahun lalu, penulis rasa begitu teruja untuk menantikan filem terbaru Spider-Man.

Bagi mereka yang menonton filem Captain America sehingga habis, mereka juga pasti merasakan keterujaan sama.

Apatah lagi mengetahui dari awal Spider-Man dan Tony Stark @ Iron Man akan bergabung, lagilah timbul keterujaan untuk menantikan filem ini.

Dan penantian itu berbaloi selepas menyaksikan tayangan filem Spider-man: Homecoming baru-baru ini.

Filem arahan Jon Watts dan dijayakan oleh pelakon muda, Tom Holland bersama Marisa Tomei, Zenday, Robert Downey Jr. dan Michael Keaton ini merupakan filem versi baru Spider-Man.

Apa yang pasti, filem ini akan membuatkan kita seolah-olah menonton filem aksi Spider-Man buat pertama kali di layar perak.

Biarpun inti patinya masih sama seperti kisah awal Spider Man sebelum ini iaitu kisah budak dengan super power, terperangkap antara fasa remajanya dan tanggungjawab sebagai friendly neighbourhood hero, tetapi olahan yang dimainkan oleh penulis skrip dan Watts sendiri menjadikan filem ini lebih segar.

Tiada lagi cerita bagaimana Parker menjadi Spider-Man, tiada lagi crush bernama MJ, tiada lagi cerita Parker menjahit sendiri sutnya dan tiada lagi kisah Parker yang berusaha jadi hero atau kisah kesedihan Aunty Mary.

Tetapi mereka ada banyak babak yang lebih ikonik untuk diingati dan teknologi sut labah-labah yang awesome dan lebih up to date sehinggakan Peter Parker @ Spider-Man sendiri keliru.

Lucunya sut itu sendiri mempunyai ‘teman wanita’ yang setia menemani Parker setiap kali dia mengenakan sut tersebut.

Bukan setakat jalan cerita dan sut yang menarik, lakonan Holland juga wajar diberi pujian kerana dia berjaya membawakan watak Peter Parker / Spider-Man tanpa dibayangi Tobey Maguire.

Bahkan ada sahaja aksinya yang mencuit hati, lebih-lebih lagi apabila dia bergandingan dengan Downey Jr.

Manakala watak Villian, Vulture lakonan Keaton pula juga terbaik, pendek kata sukar untuk mencari kekurangan filem ini kerana semuanya seperti tersusun dengan baik.

Cuma janganlah harapkan babak pertarungan seperti filem Avengers. Belum sampai ke tahap itu lagi tapi bagi penulis, Spider-Man: Homecoming adalah filem terbaik Spider-Man yang pernah dihasilkan.

Apa yang pasti ia filem yang berbaloi untuk ditonton dan pastikan anda terus duduk dan tunggu sehingga sampai end credit!

The post Spider-Man: Homecoming berbaloi ditonton appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u9ZeYM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.