Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akhirnya Punca Kematian Adik Thaqif Akhirnya Terjawab, Pasukan Perubatan Sahkan Kematiannya Bukan Kerana Dirotan Atau Didera.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akhirnya Punca Kematian Adik Thaqif Akhirnya Terjawab, Pasukan Perubatan Sahkan Kematiannya Bukan Kerana Dirotan Atau Didera..


Segala persoalan tentang punca kematian Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, seorang murid dari madrasah tahfiz Al-Jauhar yang meninggal pada 26 April lalu akhirnya terjawab, lapor Harian Metro.

Hasil siasatan yang dilakukan pegawai perubatan dan kimia sahkan punca kematiannya beliau adalah berpunca daripada penyakit kencing tikus dan bukannya akibat cedera dirotan pembantu warden seperti yang tular sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa penyebab utama kematian kanak-kanak itu adalah kencing tikus (Leptospirosis).

" Ia dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya membabitkan kegagalan organ untuk berfungsi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan merujuk laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu di mana satu proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian telah dilakukan pada 6 petang hari yang sama kanak-kanak itu meninggal dunia.

"Beberapa sampel tisu dan darah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa.

"Susulan daripada kejadian itu juga, satu Jawatankuasa Khas Siasatan ditubuhkan bagi menyiasat kes ini," katanya.

Menurut beliau lagi, jawatankuasa yang menyiasat punca kematian adik Thaqif itu membabitkan Pakar Perunding Forensik yang mahir dan berpengalaman luas dalam pengendalian kes-kes rumit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata berdasarkan laporan perubatan itu, pihaknya akan mengemaskini kertas siasatan.

"Polis juga akan mendapat arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya.


Sebelum ini menjadi perbualan ramai apabila adik Thaqif didakwa telah didera oleh seorang pembantu warden di asramanya, bagaimanapun pembantu warden itu dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000 pada 3 Mei lalu.

Pembantu warden tersebut ditahan pada 22 April lalu berhubung siasatan terhadap dakwaan mendera Mohamad Thaqif mengikut Seksyen 31(1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001.

Bagaimanapun, polis kemudian mengklasifikasikan kes kematian itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan-Pen Merah Press.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGLWhU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.