Hi! Welcome Back and Stay Tune! ASUS Mengumumkan Kehadiran Papan Induk Intel X299 Untuk Pasaran Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ASUS Mengumumkan Kehadiran Papan Induk Intel X299 Untuk Pasaran Malaysia

Cip pemproses terbaru Intel Kaby Lake-X sudahpun hadir di pasaran Malaysia, dan dengannya juga papan-papan induk terbaru yang mampu menyokongnya.

ASUS Malaysia baru sahaja mengumumkan kehadiran dua papan induk Intel X299 untuk pasaran Malaysia, iaitu ASUS STRIX X299-E Gaming dan juga ASUS TUF X299 Mark 2 bagi pembina-pembina komputer yang tegar.

Papan induk ASUS STRIX X299-E Gaming hadir untuk pengguna-pengguna komputer yang tidak mahu berkompromi tidak kiralah dari segi rupa mahupun prestasi. Selain dari menyokong CPU Intel Kaby Lake-X yang terbaru, papan induk ini hadir dengan lapan slot memori DDR4 yang mampu menyokong memori sebanyak 128GB dalam konfigurasi quad-channel, dan melalui lima slot PCIe, ia juga mampu menyokong penggunaan teknologi multi-GPU NVIDIA SLI dan juga AMD CrossFireX.

Dari segi overclocking pula, papan induk ini mempunyai teknologi ASUS Pro Clock II yang membenarkan anda meng-overclock BCLK (Base Clock) CPU daripada 100Hz sehingga 470Hz, dan ini membolehkan anda menaikkan kelajuan CPU dari 4.3GHz sehingga 5.3GHz tanpa sebarang masalah.

Ciri pencahayaan RGB Aura Sync juga hadir pada ASUS STRIX X299-E Gaming ini, dan bagi pembina PC yang mahukan lampu RGB sebanyak yang mungkin, papan induk ini juga boleh digabungkan dengan aksesori-aksesori lain seperti jalur lampu RGB dan juga papan kekunci dan tetikus yang menyokong ciri pencahayaan RGB Aura Sync tersebut.

Bagi mereka yang inginkan sebuah komputer yang berkuasa dan tahan lasak, papan induk ASUS TUF X299 Mark 2 mungkin untuk anda. Sama seperti papan induk sebelum ini, ia juga menyokong CPU Intel Kaby Lake-X yang terbaru dan juga mempunyai lapan slot RAM DDR4 yang boleh memuatkan memori sehingga 128GB di dalam konfigurasi memori quad-channel.

Dari segi sokongan PCIe pula, papan induk ini boleh memuatkan tiga kad grafik AMD dan NVIDIA melalui teknologi multi-GPU AMD CrossFireX dan juga NVIDIA SLI. Ciri utama papan induk siri TUF (The Ultimate Force) ini ialah penggunaan komponen yang tahan lasak dan juga penghadang haba Thermal Armor yang membolehkan papan induk ini kekal berfungsi walaupun ianya berhadapan dengan penggunaan dan pengubahsuaian prestasi yang agak kasar.

Kedua-dua ciri ini turut hadir di dalam papan induk ini, dan kini, ia juga hadir dengan sokongan untuk storan dan memori Intel Optane, yang boleh mempercepatkan lagi kelajuan storan cakera keras.

Selain daripada Thermal Armor, papan induk ini juga hadir dengan perisian Thermal Radar 3 yang membolehkan anda mengawal kelajuan pelbagai jenis kipas yang dipasangkan kepada komputer, termasuklah kipas CPU, chassis dan juga kad grafik dan juga radiator penyejuk cecair. Melalui perisian ini, anda juga boleh melihat takat suhu komponen-komponen komputer anda, dan mengubahsuai kelajuan kipas-kipas di dalam PC anda untuk menyejukkannya secara automatik.

Kedua-dua papan induk ASUS STRIX X299-E Gaming dan ASUS TUF X299 Mark 2 kini sudahpun berada di pasaran untuk harga RM 1735 dan RM 1318 di kedai-kedai komputer tempatan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sWwmTL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.