Hi! Welcome Back and Stay Tune! Janda Tertikam Diri Sendiri Semasa Bergaduh Dengan Kekasih Berumur 16 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Janda Tertikam Diri Sendiri Semasa Bergaduh Dengan Kekasih Berumur 16 Tahun

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Sejak kebelakangan ini, kes jenayah terhadap kaum wanita saban hari semakin bertambah. Oleh itu, wanita zaman sekarang harus pandai lindungi diri, apa lagi kalau sudah masuk urusan hidup atau mati.



Namun, pastikan cara kita lindungi diri itu cara yang betul supaya nyawa kita tidak terkorban semasa melarikan diri dari bahaya. Kalau tidak jadilah keadaan yang tidak diingini.

Sumber : New Straits Times

Kelmarin, seorang janda berumur 25 tahun telah tertikam diri sendiri semasa bertengkar dengan kekasihnya yang baru saja berumur 16 tahun oleh kerana cemburu, lapor New Straits Times.  

Dikatakan sebelum kejadian tersebut, wanita itu telah menghubungi rakan lelakinya dengan harapan lelaki tersebut dapat membantu menghantarnya ke Pulau Pinang kerana dia ingin melawat bapanya yang sakit.

Sekitar jam 3.30 pagi, mangsa, Nor Shazuani Zainol berada di rumah kediamannya di Taman Desa, Kubang Rotan, Alor Setar sebelum kekasihnya datang ke rumah untuk berjumpa dengannya.

Sumber : Astro Awani

Ketika itu, kekasihnya terbaca perbualan antara Shazuani dan juga rakannya itu dan terus menuduh wanita tersebut telah berlaku curang. Mereka terus bertikam lidah sebelum lelaki tersebut bertindak memukulnya.



Oleh kerana tidak tahan dipukul, janda tersebut terus lari ke dapur dan mencapai sebilah pisau untuk mempertahankan dirinya.

Kekasihnya kemudian menghampiri wanita itu untuk merampas pisau tersebut mengakibatkan pergelutan sehingga dia tertikam dadanya sendiri. Lelaki itu pula mengalami kecederaan di tapak tangan belah kiri dan juga bahunya oleh kerana insiden tersebut.

Gambar hiasan

Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut terus menghubungi bapa tirinya untuk menolong mereka berdua.

Setibanya di tempat kejadian, bapa tirinya melihat kedua-dua mereka terbaring berlumuran darah dan berada dalam keadaan lemah. Dia terus membawa mereka ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Kini, keadaan wanita itu telah pun stabil dan dia mahu mengakhiri hubungannya bersama lelaki tersebut meskipun baru sebulan bersama.



Saya sudah memaafkan perbuatannya, namun nekad ingin memutuskan hubungan ini,”

Setelah membuat siasatan, rupanya lelaki tersebut disahkan positif dadah jenis syabu dan ditahan selama 4 hari untuk siasatan lanjut.

Sumber : Pressreader.com

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga merupakan anak angkat bapa tiri perempuan itu. Mereka berdua telah lama berkenalan oleh kerana lelaki tersebut tinggal bersama keluarganya.

Semoga kisah ini dijadikan pengajaran bagi semua wanita di luar sana. Jangan cepat percaya orang walaupun kita sudah kenal mereka bertahun lamanya.

Baca : Gadis Ditikam Tiga Kali Oleh Bekas Teman Lelaki Kerana Tidak Puas Hati Hubungan Cinta Berakhir

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uHQpm8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.