Polis langgar wanita mengandung & meninggal dunia terlepas
Polis langgar wanita mengandung & meninggal dunia terlepas|Malaysia dah makin teruk..baru2 ni saudara aku kemalangan berdekatan petronas majidee..polis langgar saudara aku..laki bini..bini tengah mengandung..pendarahan kat otak masih koma di hospital sultanah aminah..terpaksa buat pembedahan lahirkan anak..saudara aku masih terdampar kat hospital sultan ismail tulang bahu retak dan rusuk serta paru2 problem..
polis tu dapat lepas atas alasan dia tak salah..dalam report dia cakap saudara aku salah..saudara aku pulak yang disalahkan..saudara aku dijalan utama ( jalan terus)polis tu dijalan pusingan u..dia boleh cakap saudara aku yg di jalan utama tu sepatutnya kena b’henti untuk bagi dia yg di pusingan u tu jalan..
apa ke gila undang2 sekarang..sepatutnya yg di pusingan u nak masuk jalan utama yg kena berhenti bila tak ada kenderaan dr jalan utama baru leh buat pusingan tu..dari kes ni la aku dah mula meluat dengan undang2 malaysia..hilang rasa hormat aku pada polis kalau polis yang langgar saudara aku tu terlepas camtu je..
yang salah dia menangkan..yang tak salah di jatuhkan hukuman..saudara aku tak leh nak lawan kes dah sekarang kerana polis tu hantar peguam haram mana entah cakap kat saudara aku yang kes dia tu dia yang salah dan polis tu tak salah..aku cuma minta satu je la..aku harap sangat tuhan akan lakhnat se lakhnat2 nya orang yang b’sikap seperti syaitan ni..aku bukan cerita kosong kat sini..
korang yang tak percaya leh lah ziarah saudara saya di hospital sultan ismail (wad 6A katil 16) untuk ketahui lebih lanjut..hasil dari pembedahan kelahiran anaknya tempoh hari pun dia masih tak dapat jumpa anaknya kerana dia tak boleh nak bergerak dan isterinya di hospital yang berbeza dalam keadaan koma..aku harap doa dari kalian semua agar saudara aku ni satu keluarganya dapat kembali pulih seperti sedia kala serta isteri dan anaknya dapat melepasi zon kritakal.
kalau ada yang kecam aku tentang statement ni kecam la..aku update ni untuk keadilan atas saudara aku yg menjadi mangsa dan dianiaya.
Semoga si pelaku dapat balasan dari tuhan..dunia kau lepas..akhirat belum tentu..Harap siapa yang mengetahui kes ni boleh la tampil bagi kerjasama untuk mengukuhkan lagi bukti yg ada agar dapat kami lawan kes ni.
terkini mintak kawan2 atau family yang dikenali disini sedekah kan al-fatihah untuk isteri mangsa yang telah pergi meninggal kan dunia ni untuk selamanya pada jam 1pagi harini. (Pada polis yang telah melanggar saudara ku ini sedarla anda telah meragut nyawa seorang wanita(istri) yang sedang mengandung tp kau tak bertanggung jawab atas mereka.Kredit : mohd juwaidi
The post Polis langgar wanita mengandung & meninggal dunia terlepas appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v2nZ5q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment