Hi! Welcome Back and Stay Tune! 364 Penagih, Pengedar Dadah Ditahan Sejak 1 Jan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

364 Penagih, Pengedar Dadah Ditahan Sejak 1 Jan

JASIN – Seramai 364 penagih dan pengedar dadah ditahan di sekitar Jasin kerana terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah sejak 1 Jan lepas hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Arshad Abu berkata daripada jumlah itu 14 individu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 melibatkan rampasan dadah bernilai kira-kira RM10,000.

Beliau berkata dua lokasi penagihan dadah yang dikenal pasti di daerah berkenaan adalah di Merlimau dan Sungai Rambai di sini.

“Mereka yang ditahan dalam lingkungan umur 18 hingga 60 tahun dan hanya 20 peratus daripada mereka adalah wanita, selebihnya lelaki. Mereka yang ditahan ini kebanyakannya terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah jenis heroin dan ganja,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata tangkapan terbaru melibatkan seorang lelaki berusia 30-an kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar Jasin.

Arshad berkata lelaki berkenaan yang memiliki 38 gram heroin bernilai RM1,100 itu ditahan di Merlimau kira-kira 11.15 pagi pada 29 Julai dan direman selama 14 hari bermula 30 Julai bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata seorang lelaki yang dikenali sebagai Amizi Ali, 44, diminta tampil membantu siasatan kes curi rim kereta di Chinchin di sini, melibatkan kerugian kira-kira RM6,000 baru-baru ini.

“Maklumat terakhir yang kita perolehi beliau bekerja sebagai buruh dan berasal dari Melaka. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang lelaki ini diminta menghubungi balai bolis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini, tiga lelaki berusia 34, 40 dan 64 tahun ditahan di sekitar daerah berkenaan dalam tangkapan berasingan selama tiga hari bermula 27 Julai lepas bagi membantu siasatan kes sama.

– BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u9B6W5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.