Hi! Welcome Back and Stay Tune! Budak 2 Tahun Ditemui Maut Dengan Kesan Lebam, Ibu Dan Abang Ditahan Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Budak 2 Tahun Ditemui Maut Dengan Kesan Lebam, Ibu Dan Abang Ditahan Polis


Terdapat beberapa kesan lebam di belakang badan dan bahagian kepala, seorang kanak-kanak perempuan dua tahun yang ditemui mati di sebuah bilik sewa keluarganya di tingkat tiga premis rumah di Jalan Ros, Segamat kira-kira jam 1 pagi kelmarin.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata ibu dan abang kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 40-an dan 22 tahun ditahan hari ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata wanita berstatus ibu tunggal itu mendakwa berpesan kepada anak lelakinya yang lembam supaya mengawasi mangsa sebelum keluar menjalankan urusan ke bandar Segamat.

Raub berkata apabila ibu mangsa pulang ke rumah, wanita yang tidak bekerja itu melihat anak perempuannya terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum meminta bantuan jiran berhampiran menghubungi pihak hospital.

“Kanak-kanak itu dibawa ke wad kecemasan hospital namun dipercayai meninggal dunia sebelum diberikan rawatan."

“Ketika pemeriksaan lanjut, pihak hospital menemui beberapa kesan lebam di belakang badan dan kepala mangsa,” katanya.

Menurut beliau, polis akan mendapatkan perintah reman ke atas kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret di sini, esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u9tnro

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.