Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kit Siang Diminta Bertanding Pemilihan Semula DAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kit Siang Diminta Bertanding Pemilihan Semula DAP

G.Asoghan, yang sebelum ini mengetuai cawangan Bagan Luar, berkata Kit Siang mesti menunjukkan kepada semua anggota DAP bahawa beliau tidak gentar pada Tan dengan mengadakan pemilihan semula yang adil menggunakan senarai bertarikh 15 Dis 2012, membariskan 2,576 anggota daripada 865 cawangan.

“Kami percaya pemilihan CEC (Jawatankuasa Eksekutif Pusat) pada 2012 telah dimanipulasi supaya Tan boleh disingkirkan oleh kerana Kit Siang tahu bahawa Tan lebih baik daripadanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata DAP mesti mengadakan pemilihan semula untuk memberi kuasa kepada perwakilan memilih CEC baharu dan memberi peluang kepada mereka yang kalah sebelum ini untuk bertanding sekali lagi.

Jumaat lepas,  Ketua Pengarah RoS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) Datuk Mohammad Razin Abdullah, dalam satu kenyataan, berkata pendaftaran DAP tidak akan dibubarkan tetapi parti itu mesti mengadakan  pemilihan semula 20 anggota CEC susulan aduan daripada sesetengah anggota parti berhubung manipulasi undi.

Asoghan berkata DAP tidak harus menyalahkan RoS kerana mengeluarkan arahan itu memandangkan jabatan berkenaan hanya menjalankan tugasnya.

“Aduan diterima daripada anggota DAP dan kami percaya 68 calon yang bertanding dalam pemilihan  2012 mungkin mahukan pemilihan CEC baharu,” katanya.

Beliau menyifatkan sebagai tidak profesional tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang dilaporkan mengkritik arahan RoS itu sebagai kurang jelas serta bermotifkan politik.

“Jika senarai perwakilan pada 2012 berubah selepas empat tahun, DAP boleh mengemukakan bukti untuk menunjukkan bahawa ada anggota parti yang telah pun keluar daripada DAP atau meninggal dunia. Ini bukan suatu masalah besar dan pemilihan baharu masih boleh diadakan,” katanya.

– BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sWVmtU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.