Anak dah cukup sifat, Abby Abadi keguguran di usia kehamilan 5 bulan
Usaha Abby Abadi untuk memperolehi cahaya mata hasil perkahwinan terbaharunya gagal apabila dia mengalami keguguran.
Suaminya Muhammad Faizal Zakaria memberitahu, isterinya baru sahaja dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta pada Isnin bagi proses mengeluarkan janin yang masih dalam kandungan.
“Usia kandungan isteri saya sudah memasuki lima bulan dan bayi sudah mempunyai cukup sifat.
“Semalam ketika membuat pemeriksaan di sebuah klinik, doktor mendapati bayi berkenaan sudah tidak bergerak,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya, Abby kini berada dalam keadaan stabil namun doktor harus mengeluarkan janin tersebut secara normal.
“Kami masih terkejut dan bersedih, mungkin belum ada rezeki dan kami reda,” ujarnya.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 40, berkahwin dengan Muhammad Faizal, 43, pada 14 Ogos 2015 iaitu perkahwinan ketiganya.
Sebelum itu dia berkahwin dengan aktor Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim yang kini berusia tujuh tahun.
Pasangan itu bercerai pada tahun 2008.
Dia kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.
Sumber: Mstar
Sumber Anak dah cukup sifat, Abby Abadi keguguran di usia kehamilan 5 bulan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tFN9rc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment