Khir Toyo dan isteri pertama tarik balik permohonan kaji semula perintah dua lot tanah dan sebuah banglo mereka dilucut hak dan diserah kepada kerajaan
Dr. Mohamad Khir Toyo dan isteri pertama, Zahrah Kechik menarik balik permohonan agar Mahkamah Persekutuan mengkaji semula perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan dua lot tanah dan sebuah banglo milik mereka dilucut hak dan diserahkan kepada kerajaan.
Hartanah beralamat No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, dekat sini yang dibeli oleh bekas Menteri Besar Selangor itu dilucut hak berikutan rayuan akhirnya ditolak oleh mahkamah tertinggi negara.
Berikutan itu, panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Datuk Balia Yusof Wahi dan Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham membatalkan permohonan Mohamad Khir.
Pasangan suami isteri itu mengemukakan permohonan tersebut antara lain bagi membolehkan mereka mendapat penjelasan bagaimana perintah tersebut akan dikuat kuasakan serta formula yang perlu diikuti berhubung proses pelucutan hak harta-harta berkenaan.
Satu panel lain Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu ketika mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi, berpuas hati bahawa perintah pelucutan hak dijalankan mengikut undang-undang kerana perayu dan isteri merupakan pemilik berdaftar terhadap harta tersebut yang menjadi isu pokok dalam pertuduhan.
Bagaimanapun timbul persoalan walaupun kedua-duanya merupakan pemilik berdaftar, hanya Mohamad Khir didakwa dan disabitkan sedangkan isterinya tidak didakwa di mahkamah.
Mohamad Khir dan Zahrah, kedua-duanya berusia 51 tahun mengemukakan permohonan tersebut ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir bekas wakil rakyat itu terhadap sabitan dan hukuman penjara setahun.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Khir Toyo dan isteri pertama tarik balik permohonan kaji semula perintah dua lot tanah dan sebuah banglo mereka dilucut hak dan diserah kepada kerajaan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t4KSUy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment