Hi! Welcome Back and Stay Tune! Segala Data Menunjukkan Pertumbuhan Terpantas Di Zon-Eropah Pada Suku Kedua - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Segala Data Menunjukkan Pertumbuhan Terpantas Di Zon-Eropah Pada Suku Kedua

Pemulihan ekonomi Zon Eropah dijangka semakin pantas pada suku kedua 2017 dan ini akan menjadi satu kejutan sepanjang tahun 2017.

19 ahli dalam blok matawang euro mencatat pengembangan ekonomi terpantas dalam jangka masa enam tahun, menurut tinjauan yang dibuat. Indeks PMI Zon Eropah menokok kepada 56.3 pada Jun sedikit di bawah rekod tertinggi 56.8 yang dicatat pada Mei.

Indeks komposit adalah indeks yang mengira prestasi sektor pembuatan dan perkhidmatan di mana bacaan di atas 50 menunjukkan peningkatan dalam sektor tersebut dan sebaliknya jika bacaan merekod di bawah paras 50.

Ketua penganalisis ekonomi di Markit Chris Williamson menyatakan data-data terbaru adalah sejajar dengan pertumbuhan suku kedua 0.7%. Bulan lalu, jabatan statistik telah mengkaji semula peningkatan pertumbuhan kepada 0.6% dari 0.5% yang dilaporkan sebelum ini.

Terdapat juga bukti peningkatan menyeluruh dalam perbelanjaan pengguna di mana tinjauan jualan perniagaan runcit meningkat hampir ke paras tertinggi dua tahun lalu pada Jun yang banyak disokong oleh lonjakan di Jerman dan Perancis. Kadar penghasilan pekerjaan juga meningkat ke paras tertinggi sejak 11 tahun lalu.

Eurostat baru-baru ini melaporkan purata simpanan dalam blok matawang euro meningkat kepada 12.3% pada suku pertama berbanding pada suku keempat 2016 naik 12.1%.

Sebaliknya, simpanan isirumah di UK menjunam ke paras terendah dalam sejarah menurut Financial Times.

Presiden ECB Mario Draghi telah menunjukkan keyakinan beliau terhadap pemulihan ekonomi, tetapi masih menegaskan polisi akomodatif yang tinggi akan terus kekal di masa hadapan. Minggu lalu, ketua ekonomi ECB Peter Praet menekankan agar ECB bersabar terhadap polisi berikutan pertumbuhan yang lemah sejak 10 tahun lalu.

The post Segala Data Menunjukkan Pertumbuhan Terpantas Di Zon-Eropah Pada Suku Kedua appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uHsOlB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.