Hi! Welcome Back and Stay Tune! Carney: Gambaran Besar Inflasi Kekal Sama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Carney: Gambaran Besar Inflasi Kekal Sama

Gabenor Bank of England (BoE) Mark Carney berkata pada Selasa bahawa “gambaran besar” bagi inflasi kekal sama, walaupun dengan data harga pengguna (CPI) yang meleset daripada jangkaan, dan faktor utama masih lagi kejatuhan Sterling sejak undian Brexit tahun lalu.

“Itu lah yang menolak inflasi ke atas, dan inflasi akan berada di atas sasaran dalam satu tempoh dan data pada hari ini adalah konsisten dengan perkara tersebut,” kata beliau kepada Sky News pada Selasa.

Bank of England setakat ini memilih untuk tidak bertindak balas terhadap kenaikan inflasi melebihi sasaran 2% dengan menaikkan kadar faedah.

Rasional kepada perkara ini kata bank pusat adalah disebabkan kesan Brexit kepada kelemahan Sterling adalah sementara.

Harga pengguna (CPI) UK jatuh dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun kepada 2.6% berbanding jangkaan 2.9% dan bacaan sebelum ini 2.9% pada Mei. Bacaan tahunan ini juga adalah yang pertama kali merosot sejak Oktober 2016.

Walaubagaimanapun, tiga ahli pembuat polisi dalam bank pusat mengundi kenaikan kadar faedah pada Jun.

The post Carney: Gambaran Besar Inflasi Kekal Sama appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uypRX5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.