Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kakak Tak Mahu Maafkan Ibu Atas Kelakuan Ibuku Kepada Ayah Dan Kami Semua Adik Beradik Semenjak Kecil Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kakak Tak Mahu Maafkan Ibu Atas Kelakuan Ibuku Kepada Ayah Dan Kami Semua Adik Beradik Semenjak Kecil Lagi

Kisah menarik tentang satu keluarga yang penuh dengan teladan dan pengajaran kepada kita semua yang sedang menjalani kehidupan berkeluarga. Sesebuah keluarga pastinya ada sahaja masalah yang mungkin sukar untuk diselesaikan apabila membabitkan ibu bapa tetapi tolak ansur dan bijak membuat keputusan mungkin akan menjadi penyelamat keadaan.

Ikuti perkongsian yang begitu menyentuh hati ini dari seorang lelaki yang menggunakan nama sebagai Adam di mana beliau meluahkan isi hatinya tentang keluarganya.

Gambar hiasan
Oleh: Adam 

Assalamualaikum semua. Aku dan adik beradik membesar pada awalnya dengan seorang ibu kandung. Adik beradik aku 4 orang dan aku lelaki paling bongsu 3 lagi semua kakak aku. Ayah aku ni awalnya kerja sebagai buruh binaan. Dan mak aku ni pula suri rumah sepenuh masa. Masa aku kecik ni mak aku ni garang. Dan paling teruk jadi mangsa pukul dan makian dia akak aku. Tengok keadaan siapa yang ada waktu tu. Kadang tu aku pun pernah jadi mangsa pukulan.

Ayah aku ni orangnya ni tak pemarah, baik dan jarang tinggi suara. Tapi mak aku ni kontra. Kadang dimakinya ayah sebab tak cukup duit lah hendak ini lah. Padahal akak tahu mak guna duit main “kutu” atau undi lepas tu beli barang-barang. Bila barang kami disuruhnya minta dekat ayah.

Ada sekali akak tegur mak pasal tak elok marah ayah. Di tamparnya akak. Ada sekali dia gunting rambut akak. Nanti setiap malam dengar je suara akak teresak-esak. Ayah nasihat pun dia carut makinya ayah. Pernah sekali ayah bagi duit dekat akak simpan untuk dia dengan adik-adik sebab kalau tahu mak habis dia perhabis. Di makinya ayah, ayah tengah makan dia lempar penyangkut baju.

Selalu memang aku geram, banyak kali kalau mak buat ayah ke akak macam tu dalam hati aku harap mak MATI. Bukan sekali dua. Banyak kali. Benda tu berlarutan bertahun. Macam-macam kami adik beradik dengan ayah kena maki kena pukul.

Sampai lah satu hari ni. Ayah nekad nak cerai mak dan bawa kami semua pindah. Emak demand. Dia kata nak duit baru dia boleh kasi cerai. Ayah kasi duit entah berapa kami tak tahu. Lepas selesai hal cerai mak dah siap barang kami bungkus dia kata “tak sabar sangatkan. Berambus lah cepat.” Kami semua memang tergamam.

Asalnya utara tanah air. Kami pindah ke selatan tanah air. Waktu tu kami menyewa rumah setinggan rumah kami sewa ni bersambung dengan rumah tuan rumah. Cukuplah kami sekeluarga 1 bilik , ruang tamu dan bilik air. Waktu tu memang payah. Tidur alas lantai je. Akak aku lepastu dapat tawaran sambung belajar.

Ayah usahakan semua, kami yang lain pula masih sekolah lagi. Tapi Alhamdulilah kawasan kami pindah semua orang peramah walaupun duduk setinggan je. Ayah siang kerja buruh malam pula dia jadi tukang masak dekat kedai makan. Bila dah 3 tahun duduk situ. Ayah kenal satu pak haji ni, dia jadi rapat dan akhirnya ayah pinjam duit nak berniaga kedai makan. Lepas bincang dengan kami semua ayah pun mula.

awalnya macam biasalah, warung kan dah tarik regular customer barulah makin hari makin ramai. Dah 2 tahun meniaga ayah beli satu lot kedai untuk bukak restoran jual nasi campur siang. Dan malam pula goreng-goreng.

Akak aku yang sulung pula dia sambung belajar dalam medical dan Alhamdulilah sekarang dah bergelar doktor. Selama dia belajar selama tu lah dia contact kami. Tanya ayah niaga macam mana. Kalau cuti pergi tolong. Akak yang lagi sorang tu sekarang still dekat new zealand dan lagi sorang ada dekat indonesia. Aku je lah dekat malaysia.

Dari rumah setinggan dah ke rumah yang lebih selesa. Ayah pun dah ada 3 restoran. Bila dah berbelas tahun berlalu.

Mak kami datang. Entah macam mana dia dapat info. Raya baru-baru ni. Tengah open house ni ada wajah yang betul familiar. Bila terpandang. Yang paling marah sekali mesti lah akak aku. Tapi ayah dengan aku sambut ibu. Tanya apa khabar. Waktu tu ibu datang dengan family baru dia. Lain tu semua anak angkat sorang je anak dia.

Kami layan lah tetamu kan. Akak yang dua orang tu layan juga. Ibu pun tanya apa khabar sihat ke tak. Aku angguk je. Lepastu ayah suruh aku panggil akak. Naik atas, ketuk bilik dia taknak bukak. Aku spam call dia. Last2 bukak. Bila ajak turun dia marah aku “nak buat turun” lepastu suruh aku panggil dia turun kalau “orang” tu dah balik.

Tapi lepastu kawan akak2 aku datang. Nak taknak dia turun. Tengah berkumpul ni mak aku bersuara “long sihat”? Akak aku buat bodoh je. Sampai sekali tu tiba-tiba akak aku melenting. “Tak nampak ke sihat ni, tanya banyak kali buat apa.” Diam semua kat situ.

Lepas tu ayah aku tegur elok cakap kenapa ni. Hujungnya mak pun balik. Akak tiba-tiba marah tanya kami siapa yang bagi tahu mak rumah kita ni. Aku dengan akak semua tak tahu. Sekali rupanya ayah, waktu bulan puasa keluarga mak datang restoran dia berbuka. Jadi ayah jemput lah datang raya nanti. Dia bagi alamat. Akak diam je.

Aku slowtalk dengan akak, aku cakap dia benda lama kita lupakan je lah. Lepastu dia menangis. Dia marah aku tak ingat ke apa mak buat semua. Lepastu dia cakap kalau jumpa ke terserempak buat je tak tahu. Akak aku yang lain yerlah diorang bizi dekat luar malaysia so jarang lah jumpa. Aku tu kadang-kadang adalah mak ajak makan lah itulah. Nak tolak pula mak sendiri.

Jadi pergi, ada aku ikut diorang beraya ke mana entah. Rumah terbuka diorang. Tapi akak akak aku tak tahu. Ayah aku je tahu. Tapi memang dah berubah betul. Aku ada lah berbual dengan adik beradik tiri aku. Diorang cakap mak aku baik.

Baru-baru ni akak tiri aku, dia ni sama baya dengan akak. Dia ajak jumpa akak aku. Aku pujuk dan dapat lah jumpa. Dia cerita lah pasal mak aku, yang dia menyesal semua. Akak aku dia buat tak tahu je. Last2 habis macamtu je jumpa tak ada apa. Sampai sekarang akak aku dia kata memang tak boleh maafkan ibu.

Dia cakap biarlah dia anggap yang mak kita dah meninggal lama. Aku pujuk berapa kali still tak dengar. Tapi itulah setiap kali aku keluar dengan mak dia selalu mention nak cakap dengan akak. Tapi itulah akak aku dengan ego dia.

– Adam



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t1RDaB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.