Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan T’ganu Diminta Pertimbang Elaun Keraian Penghulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan T’ganu Diminta Pertimbang Elaun Keraian Penghulu

KUALA TERENGGANU – Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia Negeri Terengganu sekali lagi memohon kerajaan negeri mempertimbangkan pemberian elaun keraian untuk 79  penghulu dan penggawa di negeri ini.

Pengerusinya, Mohd Adnan Mohd Amin berkata kadar yang dicadangkan oleh kesatuan ialah lima peratus daripada gaji bulanan penghulu dan penggawa di negeri ini yang menerima gaji dari RM2,000 hingga RM5,000 seorang.

Beliau berkata langkah itu perlu bagi memperkasakan dan meningkatkan perkhidmatan para penghulu dan penggawa kepada masyarakat yang sentiasa memerlukan perhatian pemimpin akar umbi dari semasa ke semasa.

“Namun kini ia (elaun) semakin diperlukan bagi membantu rakyat di peringkat akar umbi yang kadangkala memerlukan bantuan kewangan daripada pihak kami,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Program Penerangan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) bersama Penghulu dan Penggawa Terengganu serta mesyuarat agung kesatuan itu di sini, semalam.

Mohd Adnan yang merupakan penghulu Mukim Alor Limbat berkata kesatuan pernah mencadangkan pemberian elaun tersebut pada tahun 2004. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t1FC4Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.