Semoga Namat diberi kekuatan, lekas sembuh
YAYASAN Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), hari ini, menziarahi lagenda bola sepak negara, Datuk Namat Abdullah, 71, di rumahnya di Taman Peruda, Sungai Petani.
Lawatan dilakukan Pengurus Besar YAKEB, Zuhairi Badul Manaf bersama Pengurus Operasinya, Aminuddin Mohd Nasir serta bekas jurulatih kebangsaan, Datuk M Kuppan.
Kehadiran mereka adalah berikutan laporan muka depan Harian Metro 14 Julai, mengenai keadaan kesihatan Namat.
"Pihak kami sentiasa berhubung dengan Namat bagi mengetahui tahap kesihatannya yang menghidap angin ahmar dan mendoakan kesihatannya kembali pulih," katanya yang turut menyampaikan sumbangan wang.
Namat dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, untuk rawatan, Selasa lalu, selepas mengalami berak berdarah dipercayai akibat masalah usus.
Dia yang lumpuh separuh badan kiri dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda sejak diserang angin ahmar, dua tahun lalu, sudah dibenarkan keluar wad, kira-kira 10 malam tadi.
Sementara itu, Zuhairi Badul berkata, YAKEB bakal menyambung semula skim bantuan kebajikan buat bekas atlet selepas dibekukan sejak dua bulan lalu.
Katanya, sebelum ini skim bantuan atau Surat Jaminan (GL) dari Yayasan itu dibekukan, sejak 1 Mei lalu, kerana peruntukan lewat diterima.
"Lazimnya kita menerima dana melalui Kementerian Kewangan, pada Mac. Tetapi tahun ini peruntukan itu lewat sedikit.
“Namun, atas keperihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerajaan sudah menyalurkan dana RM3 juta.
“Oleh itu, bermula 1 Ogos ini, kita mengeluarkan semula GL buat bekas atlet yang mendapatkan rawatan di hospital yang dibeku sebelum ini.
"Ini memberi kelegaan kepada sebahagian besar bekas atlet (termasuk Namat) yang begitu mengharap bantuan dari aspek perubatan yang disalurkan yayasan ini," katanya.
Sementara itu, Namat berkata, beliau amat terharu dengan keperihatinan YAKEB yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan bekas atlet kebangsaan dan tampil membantu termasuk dirinya.
Namat Abdullah (sumber - Jabatan Penjara Malaysia)
Namat Abdullah dilahirkan pada 30 Mac 1946 di Pulau Pinang. Beliau berkahwin dan mempunyai anak, dua lelaki dan lima perempuan.
Beliau adalah abang kepada Shahruddin Abdullah yang juga pemain kebangsaan.
Namat mula mewakili negara pada 1968 dan membantu Pulau Pinang menjuarai Piala Malaysia 1974 dengan mengalahkan Perak (2-1).
Beliau adalah pemain pertahanan yang begitu berbakat ketika itu.
Kejayaan beliau meliputi Sukan Sea 1971 sebagai naib juara dan tempat ketiga pada 1973.
Dalam Sukan Asia, 1970 dan 1974 mendapat tempat ketiga.
Pertama kali menyertai Sukan Olimpik, Munich pada 1972 dengan menewaskan Amerika Syarikat (3-0); tewas kepada Jerman Barat (3-0) dan Morocco (0-6), di pusingan awal.
Jakarta Anniversary Taurnament, 1975 adalah kali terakhir beliau mewakili negara dan mencapai 115 ‘caps’ antarabangsa.
Sebagai penghargaan Namat telah dikurniakan Pingat Ahli Mangku Negara dan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK).
Antara kejayaan lain Namat bersama skuad negeri & kebangsaan
1969 - Burnley Cup
1972 - Olimpik 1972 Munich, Juara Thailand Kings Cup
1973 - Juara Pestabola Merdeka
1974 - Pingat bangsa Sukan Asia Tehran, Juara Pestabola Merdeka Cup, Juara Piala Malaysia
1976 - Juara Aga Khan Gold Cup di Bangladesh
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukD7hY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment