Farmasi Di Uruguay Akan Mula Jual Pokok Ganja
MONTEVIDEO – Uruguay akan membenarkan farmasi untuk menjual pokok ganja mulai Rabu depan ketika fasa terakhir undang-undang menjadikan negara benua Amerika itu sebagai negara pertama di dunia yang membenarkan penjualan berkenaan.
Mengikut undang-undang yang diluluskan pada 2013, rakyat Uruguay dibenarkan menanam pokok ganja dan menghisapnya di kelab.
Rakyat negara itu perlu mendaftar bagi membeli pokok ganja di farmasi dan setakat ini, seramai 4,700 orang sudah berbuat demikian dan kebanyakannya dari kumpulan umur 30 hingga 44 tahun.
Uruguay mempunyai 3.4 juta penduduk.
Setakat ini, lebih 6,600 rakyat Uruguay sudah mendaftar untuk membeli pokok ganja di farmasi, sekali gus membolehkan mereka menanamnya di rumah dan 51 kelab perokok juga diberi kebenaran yang sama.
Institut Peraturan dan Kawalan Ganja (IRCC) hanya meluluskan dua jenis ganja untuk dijual iaitu dalam paket lima dan 10 gram.
Sementara itu, hanya dua syarikat diberi hak untuk mengeluarkan ganja kepada farmasi dan ia dikawal ketat pasukan tentera, selain tanpa akses awam.
Pada masa sama, kerajaan memberi jaminan bahawa mereka sudah mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan berlakunya ‘pelancongan ganja’ kerana hanya rakyat Uruguay dan penduduk tetap dibenarkan untuk mengambil bahagian di bawah peraturan itu. – AFP/BH ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukJ9z1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment