Pajeri nanas selesai kemelut T
Berdepan masalah rumah tangga adalah perkara biasa buat pasangan yang sudah berkahwin. Namun, untuk mengatasi masalah itu tidak mudah kerana apabila perasaan ego terlalu menguasai diri ia akan berakhir dengan perceraian.
Dalam menyelesaikan masalah pastinya setiap pasangan ada cara sendiri.
Begitu juga menerusi filem TV berjudul Memori Pajeri Nanas arahan Aidilfitri Mohamed Yunos ini.
Menjadikan masakan sebagai fokus utama dalam memperbaiki hubungan suami isteri, ia adalah karya terbaru dan berlainan daripada Aidilfitri.
Bakal menemui penonton bermula 20 Julai ini di saluran Astro First Eksklusif, ia dilakonkan Alif Satar, Tiz Zaqyah dan Siti Saleha.
Menariknya lagi, watak cef lakonan Alif adalah pertama kali dijayakan bapa kepada anak dua ini.
Malah, pemilihan Alif juga dirasakan sangat sesuai dengan watak berkenaan pada mata Aidilfitri.
“Menghasilkan cerita berkisar kehidupan rumah tangga yang bermasalah adalah satu perkara biasa.
“Namun untuk mengangkat sesuatu perkara yang boleh menjadi penyelesaian kepada masalah itu jarang berlaku.
“Contohnya, saya mengangkat tema masakan dalam menyelesaikan masalah rumah tangga pasangan Armand dan Kayla lakonan Alif dan Tiz,” katanya.
Aidilfitri juga menggunakan pajeri nanas sebagai menu utama pada awal dan pengakhiran cerita bagi menjelaskan kepada penonton mengapa menu itu menjadi fokus utama.
“Jarang orang memasak pajeri nanas dan ia hanya ada pada majlis perkahwinan. Simboliknya pajeri nanas akan mengimbau saat awal perkahwinan Armand dan Kayla.
“Pajeri nanas menjadi saksi walau apa pun terjadi mereka akan tetap bersama selama-lamanya,” katanya.
Sementara itu, Alif berkata, melakonkan watak cef adalah cabaran baru buatnya dalam lakonan.
Disebabkan dia rajin ke dapur tidak ada masalah untuk Alif melakonkan babak ketika dia memasak.
“Ini pertama kali saya melakonkan watak cef. Tidak susah kerana saya juga seorang yang suka memasak dan melakukan kerja dapur.
“Namun untuk memastikan babak memasak itu kelihatan ‘real’ saya dibantu dua cef dan perlu latihan sebelum penggambaran.
“Gementar dan bimbang juga jika tersalah. Syukur sepanjang menjalani penggambaran cef berkenaan banyak membantu selain saya sendiri membuat kajian melihat cara cef profesional memegang pisau dan memotong bahan masakan” katanya.
Sinopsis
Memori Pajeri Nanas mengisahkan mengenai perkahwinan Armand (Alif) dan Kayla (Tiz) dilihat mula goyah apabila kedua-dua mereka terlampau sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Armand seorang cef dan perunding makanan untuk restoran terkemuka di Kuala Lumpur manakala Kayla wanita berkerjaya.
Tuntutan kerja membuatkan kedua-duanya sentiasa berada dalam keadaan tertekan sehingga tidak punya masa untuk bersama-sama.
Keadaan semakin keruh apabila Kayla terdengar perbualan Armand dengan Camelia (Saleha) yang juga kawan baik dan bekas teman wanita Armand.
Kayla mula cemburu dan hubungan mereka semakin meruncing apabila Kayla nekad meminta cerai daripada Armand.
Armand bersetuju memenuhi kehendak Kayla dengan syarat dia perlu berbuka puasa dengannya sepanjang 30 hari Ramadan.
The post Pajeri nanas selesai kemelut T appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ulityb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment