Video iklan Indoeskrim Nusantara tawan Internet, netizen anggap melucukan
IKLAN komersial daripada produk ais krim keluaran Indonesia, Indoeskrim ternyata mencetuskan sensasi dalam kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia.
Lapor Tribunnews, klip rakaman berdurasi tiga minit itu sehingga kini menduduki tangga kelima dalam senarai trending video Youtube, yakni telah ditonton lebih sejuta kali sejak dimuat naik minggu lalu.
Bertajuk “Kisah Legenda Nusantara“, ia memaparkan cerita rekaan kononnya perselisihan di antara dua beradik bangsawan yang berebutkan makanan.
Menerusi rakaman, salah seorang pengawal dilihat melaporkan kejadian itu dengan menggunakan walkie talkie kepada seorang wanita dipercayai permaisuri, yang segera campur tangan persengketaan dua anaknya itu.
Apabila permaisuri itu gagal menghentikan pertarungan, wanita itu segera memanggil suaminya pula menggunakan telefon pintar iPhone yang dihiasi dengan cengkerang unik.
Raja yang kebetulan sedang menunggang burung garuda, menerima panggilan kecemasan dari permaisuri lalu mengenal pasti lokasi mereka menggunakan Google Maps.
Dia kemudian menghentikan pertarungan anak-anak mereka dengan mempersembahkan kabinet yang penuh berisi ais krim.
Sehingga kini, iklan itu menerima pelbagai komen lucu daripada netizen yang rata-ratanya terhibur biarpun jalan ceritanya agak ‘pelik’ berbanding kebiasaan iklan lain.
Malah ada netizen beranggapan ia mungkin sebagai taktik strategi pemasaran syarikat yang kreatif dan unik untuk menarik minat pembeli.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Video iklan Indoeskrim Nusantara tawan Internet, netizen anggap melucukan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t1Ofwe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment