Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bangunan Tinggi Di Kuching, Sibu, Miri Tiada Risiko Kebakaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bangunan Tinggi Di Kuching, Sibu, Miri Tiada Risiko Kebakaran


KUCHING - Bangunan tinggi melebihi empat tingkat di bawah seliaan kerajaan tempatan di Kuching, Sibu dan Miri disahkan bebas daripada risiko mengalami kebakaran, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Prof Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata pengesahan itu diperoleh selepas pemeriksaan dilakukan oleh kerajaan tempatan berkenaan susulan kejadian kebakaran Grenfell Tower, North Kensington, London pada Jun lalu.

"Sebaik kejadian tersebut (berlaku), saya telah hubungi majlis kerajaan tempatan Kuching iaitu Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Sibu dan Majlis Bandaraya Miri serta arahkan mereka pastikan semua bangunan tinggi bersih dan memenuhi keperluan bomba.

"Saya dengan rasa gembira ingin maklumkan tidak ada satupun bangunan tinggi di Kuching, Sibu dan Miri termasuk dalam kategori bangunan (yang terbakar) di London," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg merasmikan Expo Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini. -BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tqkLaR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.