Hi! Welcome Back and Stay Tune! 4,000 Meriahkan Rumah Terbuka Masyarakat Kampar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

4,000 Meriahkan Rumah Terbuka Masyarakat Kampar

PARIT – Kira-kira 4,000 tetamu hadir memeriahkan majlis jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri Masyarakat Kampar 1Malaysia yang julung kali diadakan di Dataran Parit di sini, hari ini.

Majlis bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu dihadiri masyarakat suku Kampar dari seluruh negara. Uniknya program anjuran Ikatan Kamparputra Malaysia (IKMAL) dan penduduk Kampung Baru Parit itu turut mendapat kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem 2 Briged, Ipoh.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akhmar Hisham Mokhles ketika ditemui berkata, objektif utama majlis ini adalah bagi mengeratkan hubungan terutama dalam kalangan masyarakat Kampar di seluruh negara selain berpeluang mengenali susur galur keturunan mereka sendiri.

“Tujuan kita mengadakan majlis Hari Raya Aidilfitri Masyarakat Kampar 1Malaysia ini adalah untuk mengukuhkan lagi silaturahim di kalangan masyarakat Kampar yang bertaburan di seluruh negara.

“Alhamdulillah hari ini kita dapat lihat masyarakat Kampar yang berada di Kelantan, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Pahang ramai yang hadir pada hari ini,” ujarnya kepada Mynewshub.

Para tetamu dijamu dengan pelbagai juadah yang menarik dan enak termasuk makanan tradisional istimewa yang sering dihidang ketika Hari Raya Puasa seperti rendang, ketupat dan lemang.

Makanan yang disediakan dimasak sendiri oleh orang kampung dengan harapan agar masyarakat kampar yang hadir dari berlainan daerah merasa bagaimana makanan orang kampar di Parit.

Turut hadir pada program tersebut, Presiden IKMAL, Datuk Amir Guntur dan Panglima 2 Briged Perak, Datuk Mohd. Nizam Jaafar.

Dalam pada itu, Mohd Nizam ketika ditemui Mynewshub berkata, ini adalah kali kedua beliau dapat bekerjasama dengan Akmar Hisham dalam melaksanakan program keramaian sebegini.

Beliau turut mengatakan bahawa lebih 120 orang anggota tentera yang terdiri daripada berlainan pangkat turut mengambil bahagian bersama-samanya dalam program kemasyarakat tersebut.

“Sebab kami turut serta ialah untuk mempamerkan aset-aset yang kami ada dan juga melaksanakan tanggungjawab CSR kami kepada rakyat. Bagi membuktikan bahawa rakyat dan tentera berpisah tiada,” katanya lagi.

Antara aktiviti yang dibawa pada program berkenaan adalah pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma termasuk pameran aset ketenteraan yang disediakan oleh pihak ATM.

Selain itu, terdapat juga beberapa acara sukaneka seperti merebut gula-gula dan meniup belon hingga pecah bagi kanak-kanak. Parit merupakan sebuah lokasi yang memiliki penempatan masyarakat suku Kampar terbesar di Perak.⁠⁠⁠⁠ – MYNEWSHUB.CC

Oleh : Amy Maizura

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vorSSu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.