Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Dia ada masalah kesihatan mental, saya wakil keluarga suspek mohon maaf kepada mangsa' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Dia ada masalah kesihatan mental, saya wakil keluarga suspek mohon maaf kepada mangsa'


MACHANG, KELANTAN - Susulan viral kes seorang lelaki mencabul dan cuba merogol seorang wanita di tandas sebuah stesen minyak Khamis lalu, ahli keluarganya tampil memohon maaf dan memberi penjelasan mengenai kejadian itu. 

Wan Rabiatul Adawiah Cekda berkata, suspek, Muhammad Samir bin Hassan, 25, mempunyai masalah kesihatan mental dan telah beberapa kali dimasukkan ke wad psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

"Saya salah seorang waris suspek kes ini memohon maaf di atas kes ini. Sebenarnya suspek ada masalah mental dan telah beberapa kali dimasukkan ke dalam wad psikiatri di Kota Bharu. 

"Mungkin ada yang terfikir, mengapa kami tak masukkan dia ke dalam wad sebelum kejadian ini. Untuk pengetahuan, bukan semudah ABC untuk kami masukkan suspek ke dalam wad. Kami perlu ada kes suspek mengamuk atau mencederakan orang, baru boleh dimasukkan ke dalam wad. 


"Sebelum kejadian ini, suspek baik-baik sahaja. Suspek juga bukan di bawah pengaruh pil ataupun dadah. Malah rokok pun suspek tak hisap," katanya. 

Jelas Wan Rabiatul lagi, jika suspek tidak mempunyai masalah kesihatan, lelaki itulah yang akan menjaga ibu dan neneknya di kampung. 


"Kalau fikir logik akal, boleh tengok video itu. Suspek tidak melawan, apatah lagi menutup muka dia. Ini kerana dia memang tidak sedar apa yang dia lakukan. Mungkin tak ada rasa apa-apa. 

"Saya wakil keluarga memohon maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa," katanya. 


Terdahulu, mangsa mendakwa suspek telah memanjat masuk ke dalam tandasnya semasa dia sedang membuang air kecil sebelum dicabul dan cuba dirogol oleh suspek. 

Bagaimanapun jeritannya meminta tolong berjaya membuatkan seorang wanita berhampiran pergi mendapatkan bantuan sebelum suspek ditangkap dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Berita berkaitan:
'Dia masuk, pegang bahu dan berkeras mahu merogol saya' - mangsa

✍ Sumber Pautan : ☕ Viral Semasa

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tVWawE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.