Rupa Dah Macam Kain Buruk Dan Koyak Rabak, Terlalu Sayang Seluar Zaman Sekolah, Wanita Masih Pakai Senyap-Senyap Walaupun Dah Kahwin
Setiap orang pasti ada perangai peliknya tersendiri, ada perangai pelik yang kita tidak sangka seperti suka cabut rambut, suka gigit kuku dan sebagainya.
Namun itu adalah kebiasaan yang disembunyikan atau orang lain tidak tahu, terbaca admin sebuah perkongsian yang di mana seorang wanita menulis sebuah cerita tentang perangai peliknya.
Menurut beliau, perangai peliknya adalah amat sayang dengan sehelai seluar yang dimiliki pada zaman sekolah dahulu sehinggalah walaupun sudah berkahwin dia masih pakai lagi sembunyi-sembunyi walaupun sudah kelihatan seperti kain buruk dan koyak rabak.
Jom kita baca.
AKU DAN SELUARKU
Assalamualaikum,tak tahu macamana nak mula..admin mohon jangan gelak ya cerita saya ni,sebab admin orang pertama yang akan baca😂😂..saya nak tanya ada ke manusia macam saya?hahha..
saya ada benda yang saya sayang, benda ni dari zaman sekolah lagi,saya simpan then saya tetap bawa zaman universiti,masa zaman belajar dulu,saya akan pakai masa roomate takda atau balik kampung, saya sayang sangat seluar ni.
Sehinggalah 2013 saya berkahwin saya bawa seluar ni,saya tetap akan pakai bila suami pergi kerja,memamg saya sorok seluar ni dari suami sb saya malu,tapi nak dijadikan cerita suatu hari, saya lepas mandi saya keluar bilik air,saya nampk seluar saya kat pintu toilet, MASYAALLAH, siapa letak seluar kesayangan aku disini????????nak jatuh air mata saya, saya pergi tanya suami kenape seluar tu ada kat situ.
Suami selamba cakap dia jumpa seluar tu dalam timbunan kain kotor,masa nak basuh kain tadi jd dia buat la lap kaki,kenape campur baju kita ngn kain buruk??..apa kain buruk kau kata??(ni dalam hati la).saya diam je...saya terus ambik dan simpan balik, kali ni saya sorok tempat tinggi supaya dia tak jumpa.
Bila dia out station saya happy sgt sebab boleh pakai seluar ni dengan tenang hahha....
masa dekat raya haritu,biasa suami akan kemas2 rumah, sebab saya akan busy dengan biskut raya..sedang busy membaking saya tgk suami bawa tangga katanya nak bersih kipas..sy pun ok la memang tu kerja nya setiap tahun bila nak raya..
Tiba tiba saya terpandang kain yg kat tangannya.......Allahhhhhhhhh..seluar aku....macmana dia jmpa seluar aku????...saya terus menjerit sekuat hati..."ABANGGGGG SELUARRRRR SAYA!!!!!!!!!!!!", smpai bergoyang tangga yg suami naik utk bersih kipas...
Dia pun blur..tengok muka aku,tengok seluar kat tangannya,2,3kali...dia pun tanya "ni ke seluar awk???..dia pun gelak besar sampai merah mukanya gelak kan aku.....dan berkata apa punya seluar la,s eluar setan pun lawa lagi dari seluar ni??.siot punya suamiiii aku....dalam hati aku kata,wei...kat mana plak kau pernah tengok seluar setan??........,..hahahaah....
Akhirnya terbongkar la seluar kesayangan aku ni dkt suami...patut la dia hairan kenape la seluar ni misteri sangat katanya..dia selalu nampk seluar ni di tmpat tercorok..macam ada saka kat seluar tu katanya...jahat betul mulut laki aku hahah...
Sekarang ni aku bahgia sebab aku dah tak perlu sorok lagi, yang paling best suami aku pulak suka aku pakai seluar tu..seksi katanya...hahaha...
Seluar tu aku dah rendam and basuh bersih selepas suami buat lap kipas.sekrang suami aku pulak jaga seluar tu.siap hanger lagi haha..biarla apa orang nak kata,kami laki bini je tahu,hahahha.....janji aku dan seluar berpisah tiada...sekian cerita aku....hahhaha....
- Siakapkeli.my
Sumber: KRT
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uuagIv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment