Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Maut, Isteri Parah Ditetak Penyamun (4 Gambar) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Maut, Isteri Parah Ditetak Penyamun (4 Gambar)


BANDARAYA MELAKA - Seorang pesara tentera ditemui mati dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah, manakala isterinya parah dalam kejadian dipercayai samun bersenjata, di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, dalam kejadian jam 8 malam itu mangsa yang maut adalah, pesara Briged 9 Para, Abdul Rahman Pileh, 60, manakala isterinya Sabturiah Lakidau, 59, parah.

"Polis telah menerima panggilan pada jam 8.13 malam memaklumkan berlaku kejadian samun di salah sebuah rumah di Taman Bukit Terendak di sini.

"Apabila sampai di dapati seorang perempuan Melayu dalam keadaan berlumuran darah di hadapan rumah dan pemeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki Melayu dalam keadaan tertiarap dan telah meninggal dunia serta terdapat kesan kecederaan di leher," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa yang parah telah dihantar ke hospital dan kini dalam keadaan stabil manakala mayat suaminya dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

"Polis percaya kejadian bermotifkan samun dan bunuh namun setakat ini kita masih menjalankan siasatan dan polis telah menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di sebuah rumah berhampiran untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh dan 394 KK kerana merompak menyebabkan kecederaan," katanya. - Sinar Harian







✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2upjrJA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.