Hi! Welcome Back and Stay Tune! MA1963: ANWAR GESA PM SEGERA BERTINDAK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MA1963: ANWAR GESA PM SEGERA BERTINDAK

SHAH ALAM – Bekas Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera bertindak mengenai tindakan Sarawak meneliti semula perjanjian Malaysia 1963 (MA1963).

Menurutnya, hak negeri dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan terutama Sabah dan Sarawak perlu diberi perhatian serius dan segera.

“Saya menggesa PM supaya berlapang dada mengkaji punca kegelisahan dalam konteks MA1963.

“Ternyata tindakan beliau dan kerajaan BN selama ini memberikan peruntukan dan perhatian sekadarnya, gagal mengawal keadaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung MA1963 bagi menentukan hak-hak sebenar negeri itu yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.

Sementara itu, Anwar mendakwa usaha Kerajaan Negeri Sarawak merujuk syarikat guaman United Kingdom (UK) membayangkan mereka kurang yakin dengan Jabatan Peguam Negara untuk memberikan penafsiran bebas dan adil.

“Penubuhan syarikat minyak milik negeri, Petras untuk menjana pertumbuhan dalaman dan memberi pendedahan kepada anak negeri adalah dialukan memandangkan persepsi di kalangan rakyat Sarawak bahawa Kerajaan BN Persekutuan telah mengabaikan kepentingan mereka di sana.

“Oleh itu, Kerajaan tidak boleh meremehkan langkah tersebut kerana ia memberikan implikasi yang luas terhadap hubungan Kerajaan Persekutuan dengan Negeri-Negeri terutama Sarawak dan Sabah,” katanya lagi.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u1Cyca

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.