Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar 16 Tahun Miliki Nama Terpendek Di Indonesia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar 16 Tahun Miliki Nama Terpendek Di Indonesia


YOGYAKARTA: Seorang pelajar sebuah sekolah di sini mungkin antara individu yang memiliki nama paling unik dan pendek di Indonesia.

Dalam dokumen kelahiran gadis berusia 16 tahun dari Desa Tamanan di Banguntapan, Bantul, Yogyakarta ini namanya yang didaftarkan adalah N.

N berkata, dia tidak tahu mengapa ibu bapanya memberikan namanya hanya satu huruf sedang kakaknya dinamakan Puji Lestari dan abangnya, Jarot.

“Saya tidak tahu mengapa bapa saya hanya menamakan saya N.

“Ketika kali pertama mendaftar di sekolah, ramai yang hairan dengan nama saya ini tetapi lama kelamaan semuanya jadi seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, bapa N, Wahyu Sih Nugroho, 51, memberitahu, dia menamakan anaknya N kerana gadis itu lahir pada bulan November.

“Saya memberi nama anak saya ini secara spontan dan kebetulan dia lahir pada bulan November, jadi saya namakannya N,” jelasnya.

Sebelum ini, seorang wanita juga berasal dari Yogyakarta turut menjadi tumpuan kerana bernama Y.

Y yang kini berusia 20 tahun mengaku bangga kerana memiliki nama yang unik dan pendek di Indonesia. - Agensi


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sVaZC2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.