Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRU14: Joseph Salang Sedia Pertahankan Julau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRU14: Joseph Salang Sedia Pertahankan Julau


SIBU: Keyakinan kian menebal dalam diri Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Memetik laporan The Borneo Post, menurutnya, beliau bersedia untuk bertanding sekiranya dicalonkan semula.

"Ya, saya bersedia untuk bertanding sekiranya dicalonkan semula oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan BN.

"Saya masih boleh berkhidmat (di Julau), saya tidak mempunyai masalah kesihatan buat masa ini," katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PRS berkata, adalah menjadi amalan biasa individu melobi sebagai calon apabila tiba musim pilihan raya.

"Ia adalah seperti kontraktor mahu mendapatkan tender. Jika bertuah, mereka akan diberikan tender," ujarnya.

Salang turut memohon penduduk Julau untuk memberi sokongan padu kepada beliau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Roland Duat untuk mendapat manfaat daripada projek pembangunan.

"Jangan membezakan kita, kita merupakan wakil rakyat BN," jelasnya.

Beliau turut menegaskan, tiada masalah antara beliau dan Roland yang merupakan wakil Parti Progresif Demokratik (PDP) walaupun mereka tidak dilihat bersama pada sesuatu majlis.

"Kita mempunyai program sendiri yang perlu diberi perhatian," katanya.-Sarawakiana



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t3aO2V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.