10 Lagu Patriotik Terbaik Yang Pasti Buat Anda Bangga Menjadi Anak Malaysia
Gambar: @farahann94, @khairykj dan Bernama
Malaysia, bumi bertuah. Mula mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, tanahair kita ini semakin lama semakin dikenali di mata dunia dari segala aspek kehidupan. Bersempena sambutan hari kebangsaan Malaysia yang ke-60, pastinya tahun ini lebih istimewa apabila negara kita juga mempamerkan prestasi yang cemerlang dalam temasya Sukan SEA edisi ke-29 Kuala Lumpur 2017.
Bagi menyemarakkan lagi semangat dan rasa cinta anda pada negara, kami himpunkan 10 lagu patriotik bertemakan kenegaraan sepanjang masa yang mampu menaikkan lagi jati diri dan rasa bangga anda menjadi anak Malaysia.
10. Satu Malaysia - Limkokwing University of Creative Technology (2011)
Lagu ini hasil ciptaan dan nyayian pelajar-pelajar Limkokwing University of Creative Technology yang bertemakan 1 Malaysia. Vokal utamanya adalah oleh Ronnie dan Ernie.
"Kita satu bangsa,
Kita satu negara,
Kita satu matlamat,
Kita satu bangsa,
Satu negara,
Kita 1 Malaysia"
9. Malaysia Truly Asia - Datuk Khatijah Ibrahim (2002)
Lagu asal Malaysia Truly Asia dinyanyikan oleh Datuk Khatijah Ibrahim bersempena sambutan Citrawarna Malaysia. Lagu ciptaan komposer veteran Datuk Ahmad Nawab ini turut dirakamkan dalam 20 bahasa oleh 20 penyanyi dari seluruh dunia bagi mempromosikan industri pelancongan Malaysia.
"This land so beautiful,
It steals your heart away,
This land is paradise,
Only a smile away,
The soul of Asia,
The essence of Asia,
In this land where dreams come true, Malaysia."
8. Aku Negaraku - Hafiz Suip dan Jaclyn Victor (2017)
Lagu patriotik moden ini merupakan lagu patriotik terbaru Malaysia. Lagu ini adalah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk semua rakyat berstu hati bertunjangkan semangat cintakan negara. Lagu ini turut dinyanyikan oleh pelajar-pelajar sekolah ketika perhimpunan rasmi sekolah di seluruh Malaysia.
"Ku sedar tanah air aku bertuah,
Disini tempatku Berjasa,
Ku Sedar Sempurna Hidupku Disini,
Malaysia ku Terhutang Budi."
7. Bangun Harimau Bangun - Malique (2012)
Lagu ini sebenarnya menjadi lagu tema bagi drama bersiri 'Jangan Ambil Padang Kami' terbitan Astro. Drama ini mengisahkan perjuangan dan pengembaraan hidup tujuh orang kanak-kanak untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka. Lagu ini turut mempunyai unsur-unsur patriotik dan semangat juang negara terutamanya melibatkan pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya.
"Di bawah mentari ataupun purnama malam,
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam,
Dalam hujan ribut, walau cedera dan luka,
Kita tetap kan menghayun walau dua mata buta,
Tiada wang bertaruh, bertarungnya demi maruah,
Demi aspirasi warga tanah tumpah darah,
Jangan ingkar titah raja, bangkit dari dengkur,
Dari mati dalam tidur baik dalam tempur,
Bangun harimau bangun."
6. Gemuruh - Faizal Tahir (2007)
Dari bait-bait liriknya sahaja. boleh menyemarakkan semangat jati diri dan patriotik dalam setiap jiwa anak Malaysia. Lagu ini dimuatkan di dalam album sulung Faizal Tahir bertajuk Aku.Kamu.Muzik. Lagu ciptaan Aubrey Suwito ini begitu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sehingga biarpun sudah berusia 10 tahun, ia masih mampu membangkitkan semangat dan jati diri negara setiap kali mendengarnya.
"Gemuruh jiwa semangat membara,
Dari puncak ingin ke angkasa,
Berkalungkan bintang berkelipan,
Menyerlah jauh dari yang biasa."
5. Gemuruh Suara - Team Malaysia (TM) (2011)
Lagu ini merupakan kolaborasi Telekom Malaysia (TM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi mengiringi perjalanan para atlet Malaysia dan seluruh rakyat yang memberikan sokongan bersempena temasya Sukan SEA ke-26 yang berlangsung di Indonesia. Lagu ciptaan Norman, Yusry dan Edry dari kumpulan KRU ini turut mendapat sentuhan liriknya dari Ramli Sarip, Caprice dan Dato’ Shafri Mohamad.
"Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia."
4. Negaraku - Faizal Tahir, Joe Flizzow, Atlimet dan SonaOne (2016)
Pertama kali mendengarkan lagu ini di radio, terus jatuh suka. Hasil gabungan empat penyanyi terkenal Malaysia, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne ini telah dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun 2016. Lagu ini digubah oleh Ezra Kong, Mike Chan dan Faizal Tahir dari Faithful Music dan ditulis oleh gabungan empat penyanyi ini juga.
"Hatiku tetap hanya padamu,
Keranamu aku berdiri,
Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi,
Semuanya bermula dari sini,
Negaraku,
Negaraku,
Ku beri sepenuhnya,
Ku beri sepenuhnya,
Demi negaraku,
Oh darahku,
Hiduplah sepenuhnya,
Dirgahayu semua."
3. So Many Hands - Mia Palencia (2017)
Lagu ini merupakan diantara lagu tema Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 disamping Tunjuk Belang dan Bangkit Bersama. Dilancarkan oleh Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc), lagu ini dinyanyikan penuh sempurna oleh Mia Palencia dan telah dilancarkan pada 13 Julai 2017. Lagu ini turut diguna pakai dalam iklan rasmi KL2017 bertajuk ‘It Takes a Nation to Raise a Champion' (Bersama, Kita Lahirkan Juara). Hasil ciptaan sepenuhnya Mia Palencia, lagu ini diterbitkan oleh Datin Seri Tiara Jacquelina.
"I want to be stronger,
I want to burn brighter than I ever be,
I want to be bravier,
I want to stand tough for all I believe,
And we'll rise together,
And there to be better than we ever dreamed,
So many hands,
So many hands,
Carry me"
2. Warisan - Sudirman (1982)
Allahyarham Sudirman antara penyanyi yang banyak mengeluarkan lagu-lagu patriotik antaranya Warisan dan Tanggal 31. Lagu ini sangat memberi inspirasi dan motivasi untuk kita terus mempertahan dan memperingati segala hasil usaha dan titik peluh perwira negara dalam mencapai kemerdekaan. Lagu ini ciptaan sepenuhnya Allahyarham Syed Haron dan lirik awalnya, 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' pernah diangkat menjadi tema bagi sambutan ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 pada tahun 2014. Petikan video dari YouTube ini merupakan ketika Konsert Diraja pada tahun 1984, persembahan Allahyarham Sudirman diiringi oleh pemuzik Orkestra RTM.
"Aku,
Bukanlah seorang perwira,
Gagah menjunjung senjata,
Namun hati rela berjuang,
Walau dengan cara sendiri,
Demi cinta ini."
1. Standing in the Eye of the World - Ella (1998)
Lagu Standing in the Eye of the World ini merupakan lagu tema Sukan Komanwel 1998 dimana Malaysia menjadi tuan rumah ketika itu. Hasil ciptaan David Gates dan Wah Idris, lagu ini dinyanyikan oleh Ella dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Cara penyampaian Ella dicampur paduan alunan muziknya serta emosi yang diterapkan dalam setiap lirik masih mampu meremangkan bulu roma setiap rakyat Malaysia setiap kali ia dimainkan. Tidak hanya boleh membangkitkan rasa cinta pada negara, lagu ini juga mampu membuatkan anda menitiskan air mata.
"Kini standing in the eyes of the world,
Hanyalah selangkah dari nyata,
Keazaman membara dijiwa,
Menanti saat bebas merdeka,
Tiba masa kau melangkah gagah,
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya,
Engkau terunggul,
Wajar standing in the eyes of the world."
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2weQ3Gu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment