Mun Yee masih berbisa
PENERJUN negara yang sudah berusia 32 tahun, Leong Mun Yee tidak jemu menghadirkan pingat emas untuk Malaysia dengan terbaru hari ini, apabila memenangi acara 10 meter platform seirama campuran berganding dengan penerjun muda, Jellson Jabillin.
Emas itu adalah yang ke-16 sepanjang penyertaannya di Sukan SEA sejak penampilan pertama pada 1997 di Jakarta.
Malah penerjun berusia 32 tahun itu menegaskan KL2017 bukan noktah mewakili Malaysia.
“Jika saya mampu kekalkan prestasi, kenapa tidak untuk saya terus mewakili Malaysia.
“Dari semasa ke semasa, sekarang saya rasa lebih tenang apabila turun beraksi. Mungkin ia hasil pengalaman selama ini,” katanya.
Mun Yee-Jellson meraih 311.94 mata, mengatasi wakil Singapura Freida Lim Shen-Jonathan Chan Fan Keng yang meraih perak selepas mengumpul 278.28 mata.
Gangsa milik gandingan Indonesia, Della Dinarsari Harimurti-Andriyan apabila meraih 244.32 mata.
Sementara itu, meskipun belum pulih daripada kecederaan belakang yang dialami ketika sesi latihan, Nur Dhabitah Sabri tetap mampu menghadirkan emas untuk negara ketika berganding dengan Ng Yan Yee untuk acara 3 meter papan anjal seirama wanita dengan 304.71 mata.
Kejayaan itu bermakna mereka berjaya mempertahankan emas yang dimenangi dua tahun lalu di Singapura.
Gandingan Ahmad Amsyar Azman-Chew Yiwei pula menepati ramalan memenangi pingat emas untuk acara 3 meter papan anjal seirama lelaki dengan catatan 399.15 mata.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xJBs3p
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment