Hi! Welcome Back and Stay Tune! KDN Rampas 67 Bahan Mengandungi Teks Al-Quran ‘Cacat’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KDN Rampas 67 Bahan Mengandungi Teks Al-Quran ‘Cacat’

KUALA TERENGGANU – Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini merampas 67 bahan cetakan mengandungi teks Al-Quran cacat daripada 11 premis, dalam operasi bersepadu di sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus.

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Shamsinar Mohd Jaafar berkata operasi itu dilakukan ekoran terdapat peniaga yang masih tidak mengendahkan amaran KDN meskipun sudah tiga kali diperingatkan.

Situasi itu katanya, memaksa pihak KDN bertindak tegas dengan merampas bahan cetakan tersebut kerana dibimbangi ia akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam dari segi bacaan serta akan membawa makna yang berlainan terhadap ayat Al-Quran berkenaan.

“Kesalahan yang dikenalpasti adalah kesalahan penulisan ayat contohnya ayat Al-Quran dicampur dengan ayat yang berlainan… baris atau mad penandaan pada Al-quran dan cetakan Al quran dilakukan secara berulang. Ini menjadikan ayat itu tidak jelas,” katanya kepada pemberita selepas rampasan itu di sini.

Beliau berkata kesemua bahan yang dirampas bernilai RM20,000 itu menyalahi seksyen 14 Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986.

Operasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (JHEAT) dan Polis Diraja Malaysia
Shamsinar berkata kebanyakan bahan cetakan itu diambil peniaga daripada pengedar utama di Kuala Lumpur, yang dipercayai diimport dari negara China dan Pakistan.

Beliau berkata, turut dirampas ialah ayat-ayat suci Al-Quran (yang dibingkai) diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya seperti di lantai dan bercampur aduk dengan pakaian. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wlfIvw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.