Hanez Suraya Keluarkan Tudung Jenama Sendiri
RATA-RATA wanita pasti setuju Hanez Suraya bertambah jelita selepas bertudung, apatah lagi dengan gaya fesyen ahijab tersendiri yang dikenakan olehnya.
Namun, thanya selepas tiga tahun bertudung barulah Hanez terlintas untuk serius dalam dunia perniagaan.
Memperkenalkan jenama haijabnya yang bernama Everyday KL sejak beberapa bulan lalu, Hanez kini lebih yakin untuk mendalami bisnesnya.
Tambahan pula, suaminya iaitu Romie Razin Adilha, menghormati keinginannya untuk menceburi bidang perniagaan sebagai ‘pengganti’ pada permintaan lelaki terbabit supaya dia berhenti berlakon.
“Sebelum ini, memang ada yang bertanya, kenapa saya nak jual tudung juga kerana ramai artis sudah melakukan perkara sama? Tidak kurang juga yang bersikap skeptikal ketika saya mula-mula bertudung dulu. Mereka kata, perubahan imej saya itu mesti ada kaitannya dengan bisnes hijab.
“Untuk pengetahuan, saya berniaga tudung bukan kerana mengikut aliran semasa. Ikutkan, tak pernah terlintas pun di hati saya nak jual tudung. Namun akhirnya ia menjadi kenyataan dan alhamdulillah, sambutan diberikan amat menggalakkan.
“Saya juga percaya, tudung sudah menjadi keperluan dan persaingan di kalangan mereka yang menjual produk terbabit juga bukan masalah besar. Pengguna memerlukan pelbagai pilihan dalam mendapatkan produk pilihan mereka,” katanya kepada BH Online.
Kata Hanez lagi, suaminya amat menyokong karier terbarunya sebagai ahli perniagaan.
“Jika dia tidak bagi saya berlakon, dia kenalah izinkan saya melakukan kerja lain pula untuk menjana sumber pendapatan. Akhirnya, dia memberikan restu untuk saya berniaga tudung.
“Saya sendiri masih lagi dalam fasa belajar dan bertatih di dunia baharu ini. Alhamdulillah, suami turut memberikan sokongannya,” katanya yang sudah nekad berhenti daripada kerjaya lakonan.
Dedah ibu kepada Puteri Aleesya ini lagi, dia mendekati beberapa teman yang menceburi perniagaan sama pada awal pembabitannya dalam bisnes terbabit, bagi mendapatkan pengetahuan.
“Alhamdulillah, kini apabila ada modal lebih, saya sudah mula mengulang pengeluaran bagi tempahan dan jualan.
“Pengikut tudung di laman sosial pun semakin bertambah dan sambutan diberikan juga sangat menggalakkan. Semua itu menjadi suntikan semangat untuk saya lebih serius dan mengembangkan lagi perniagaan,” katanya.
Bagusnya Hanez, hormati permintaan suami. Tak mengapalah jika tidak diizinkan untuk berlakon lagi, besar pahalanya taat pada suami!-MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wl35Re
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment