Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elfira Loy, Sufian Suhaimi bertunang Oktober ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elfira Loy, Sufian Suhaimi bertunang Oktober ini

PELAKON Elfira Loy, 23, mengesahkan bakal bertunang dengan kekasihnya, Sufian Suhaimi pada Oktober ini.

"InsyaAllah saya dan Sufian akan melangsungkan pertunangan pada Oktober ini di kediaman keluarga saya.

"Namun pihak keluarga kami masih belum menetapkan tarikh sebenar majlis tersebut.

"Saya hanya menyerahkannya kepada keluarga saya untuk menetapkan tarikh itu nanti.

"Bagaimanapun, sehingga kini saya belum membuat apa-apa persiapan untuk majlis tersebut tapi saya dan ibu akan mula menguruskannya tidak lama lagi," katanya kepada Astro Gempak.

Elfira ditemui selepas sidang media Maydan yang memperkenalkan dia, Fazura dan Fattah Amin sebagai duta di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Terdahulu menerusi ruangan pojok sebuah akhbar tempatan mengatakan pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini.

Sementara itu, tentang tarikh perkahwinan mereka, Elfira akui masih belum ada perancangan rapi mengenainya.

"Apa-apa perancangan selanjutnya seperti majlis perkahwinan dan sebagainya akan dibincangkan pada hari pertunangan kami nanti," katanya lagi.

Sufian telah menghantar rombongan merisik Elfira beberapa bulan lalu.

Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: Instagram love.elfiraloy
 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xK6Fnc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.