Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sokongan Padu Pemain ‘Lama’ Buat Skuad Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sokongan Padu Pemain ‘Lama’ Buat Skuad Malaysia

MALAM ini bakal berlangsungnya perlawanan bersejarah sepanjang Sukan SEA 2017 iaitu bagi merebut ‘ibu segala pingat’ dalam acara bola sepak, Malaysia menentang Thailand.

Kali terakhir skuad Malaysia memenangi emas bagi perlawanan bola sepak adalah ketika Sukan SEA 2011 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno selepas menewaskan pasukan Garuda dengan jaringan gol 4-3.

‘Gajah Perang’ (gelaran skuad Thailand) merupakan skuad yang banyak  melakarkan nama dalam sejarah Sukan SEA sebagai pasukan bola sepak yang paling banyak meraih pingat emas iaitu sebanyak 15 kali sejak acara ini diperkenalkan pada 1959.

Pada perlawanan final kali ini, Skuad Harimau Muda ini bakal bertemu dengan Skuad ‘Gajah Perang’ bagi merebut ‘ibu segala pingat emas’.

Ekoran itu, terdapat beberapa orang pemain ‘lama’ skuad kebangsaan yang pernah mengharumkan nama negara suatu ketika dulu dilihat memberi sokongan penuh buat semua anak didik Datuk Ong Kim Swee.

Penjaga gawang No.1 Skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat memberi sokongan penuh dan meletakkan harapan yang tinggi agar pasukan Malaysia berjaya merebut taktha emas daripada genggaman Thailand.

“Okay untuk Skuad SEA Game. Aku nak wish good luck. Dapatkan ibu emas untuk SEA Game kali ini. Bermain mati-matian untuk negara kita dan enjoy the game, katanya.

Dalam pada itu, dia dilihat sempat juga mengusik salah seorang pemain skuad Malaysia, Thanabalan Nadarajah yang baru-baru ini berjaya menghadiahkan ‘tandukan emas’ pada minit-minit terakhir ketika menentang Garuda, sekali gus telah membawa Malaysia layak untuk final.

My favourite player, Thanabalan. Belanja aku satu gol. Goodluck!, seloroh Fahmi.

Selain Fahmi, kapten skuad emas 2011, Baddrol Bakhtiar juga dilihat turut memberi kata-kata semangat buat team Malaysia.

“Saya Baddrol bin Bakhtiar. Pemain bola sepak pasukan Kedah dan Kebangsaan mengucapkan tahniah untuk pasukan SEA Game tahun ni layak ke final dan mengharapkan sekali lagi, pingat emas, ‘ibu segala pingat’ SEA Game pada tahun ini dikembalikan di Malaysia,” ujar Baddrol.

Tidak ketinggalan juga pesanan padu daripada bekas penyerang  negara , Akmal Rizal yang juga merupakan salah seorang skuad bola sepak Sukan SEA 2001 buat pemain yang bakal beraksi final malam ini.

“Saya berharap pada tahun ini mereka mampu untuk memenangi pingat emas seterusnya memberi kejayaan buat pasukan Malaysia.

“Lakukan yang terbaik untuk diri anda sendiri, keluarga dan orang-orang tersayang yang banyak memberi sokongan serta dorongan kepada karier anda selama ini,” pesan Akmal.

Stadium Shah Alam bakal menjadi saksi pertembungan dua skuad hebat ini pada jam 8.45 malam, hari ini.

Bagi mereka yang gagal mendapatkan tiket, jangan kecewa kerana anda masih mempunyai peranan sebagai ‘pemain ke-12’ yang memberi sokongan ketika menonton di televisyen.

Seluruh rakyat Malaysia perlu terus memberi sokongan padu kepada skuad Harimau Muda! Ayuh, bangkit bersama!– http://ift.tt/2xc7oy3

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2glKSyG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.