Hi! Welcome Back and Stay Tune! Plak Di Pusara Pahlawan Gembirakan Veteran Tentera NZ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Plak Di Pusara Pahlawan Gembirakan Veteran Tentera NZ

KUCHING – Persatuan Veteran Malaya New Zealand (NZMVA) amat menghargai langkah meletakkan plak di Pusara Pahlawan di Jalan Taman Budaya di sini bagi mengenang sumbangan pasukan tentera New Zealand terhadap keselamatan rakyat Malaysia, khususnya di Sarawak, semasa Konfrontasi dari 1964 hingga 1966.

“Inilah plak pertama yang terdapat di luar New Zealand dan malah, di New Zealand pun tidak terdapat plak seperti ini.

Inilah julung kalinya dan ia merupakan suatu penghormatan serta penghargaan apabila plak ini dipasang di sini kerana ia akan membolehkan anak cucu kami untuk datang melihatnya, jadi ia sungguh bermakna ,” kata naib presiden kanan persatuan itu, William Russell.

Sebanyak 800 anggota tentera darat, laut dan udara New Zealand berkhidmat di Taiping, Melaka dan Borneo dari 1955 hingga 1968.

Ketika ditemui pada majlis memperingati dan kesyukuran di sini hari ini, yang disempurnakan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia Dr John Subritzky, Russell berkata semua veteran kini sudah berusia lanjut, dengan yang paling muda berusia 72 tahun dan paling tua berusia 82 tahun.

Majlis itu dihadiri 37 rakyat New Zealand, 27 veteran dan isteri serta sahabat handai masing-masing.

Rusell berkata kira-kira 5,000 veteran masih hidup tetapi kadar kematian dalam kalangan mereka sungguh tinggi iaitu kira-kira lima orang seminggu disebabkan faktor usia.

“Mungkin, dalam masa 10 tahun lagi, kesemua kami akan pergi,” kata Russell, 78, yang tidak berpeluang berkhidmat di Sarawak, tetapi pernah bertugas di sempadan Malaysia-Thailand selama tiga tahun.

“Kami diberi latihan sebagai persiapan untuk datang ke Sarawak, tetapi kerajaan New Zealand lambat membuat keputusan dan apabila keputusan diambil, batalion sudah bertukar, jadi saya tidak jadi datang ke sini,” katanya.

Bekas tentera yang berkhidmat dua kali di sempadan Malaysia-Thailand melibatkan tiga tahun itu berkata Malaysia adalah tempat terakhir New Zealand menghantar batalion tentera yang terdiri daripada 800 orang untuk bertugas di luar negara itu.

Katanya, walaupun New Zealand kini mempunyai tenteranya yang berkhidmat di Iraq dan Afghanistan, tetapi ia tidak lebih daripada sebuah kompeni yang dianggotai kira-kira 150 hingga 160 orang.

Russel berkata sebanyak 37 anggota tentera New Zealnd terkorban di Taiping dan di sempadan Malaysia-Thailand ketika Parti Komunis Malaya berada di tahap terkuatnya, tetapi tidak seorang pun daripada mereka gugur di Sarawak.

Mengimbau kembali pengalaman beliau berkhidmat di sempadan Malaysia-Thailand, Russel berkata beliau berkhidmat dalam unit semboyan.

“Di samping beg sendiri yang perlu digalas, saya juga perlu membawa set radio dan pada masa itu tidak ada telefon bimbit dan setiap set radio adalah kira-kira lima kilogram beratnya,” kata beliau.

Russel berkata keadaan sungguh mencabar apabila beliau perlu membawa alat yang menggunakan kod morse itu untuk meredah hutan tebal serta naik dan turun bukit, termasuk pada waktu malam. -BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2von18z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.