Fadhil Raih Emas Dalam Keadaan Gementar
NILAI – Muhammad Fadhil Mohd Zonis, 20, meraih pingat emas temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 untuk negara pada perlumbaan basikal trek acara 1km Ujian Masa Lelaki dalam keadaan dirinya ‘gementar’.
Katanya bukanlah sasaran pingat yang mengentarkannya sebaliknya cabaran catatan masa daripada rakan sepasukan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, 20, yang sebelum ini merupakan rekod masa terpantas daripada tiga pelumba terdahulu.
“Saya rasa gementar sangat sebab dia (Muhammad Shah Firdaus) dalam sesi latihan, dia cemerlang dan saya di belakang dia sikit.
“Cuma saya banyak berdoa kepada Allah dan Ahamdulillah saya dapat (pingat emas) ”katanya kepada pemberita selepas upacara penyampaian pingat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim di Velodrom Nasional di sini, hari ini.
Dengan kemenangan itu, ia merupakan pingat emas kedua bagi Muhammad Fadhil pada penampilan sulungnya di Sukan SEA. Pingat emas pertamanya diraih dalam acara perlumbaan pecut berpasukan lelaki Ahad lepas.
Pada perlumbaan hari ini, Muhammad Fadhil mencatatkan masa terpantas 1 minit 01.889 saat sekaligus mengatasi Muhammad Shah Firdaus mencatatkan masa 1:02.356s untuk pingat perak manakala gangsa menjadi milik Mohamed Elyas Mohamed Yusoff daripada Singapura dengan 1:03.929s.
Dalam pada itu Muhammad Fadhil berkata secara peribadi beliau mahu memecahkan rekod kebangsaan 1:01:658 yang dipegang Mohd Rizal Tisin pada Kejohanan Dunia di Poland, 2009.
“Saya nak buktikan kepada semua yang saya boleh jadi yang terbaik. Sasaran saya seterusnya ialah Sukan Komanwel di Australia, tahun depan juga ACC (Kejohanan Berbasikal Asia) Februari 2018,”katanya.
Muhammad Shah Firdaus berkata keletihan dialami dan pertama kali menyertai 1km Ujian Masa Lelaki menyebabkan beliau hanya mampu meraih perak dalam acara itu.
“Semalam saya balik lewat pukul 2 pagi selepas ujian doping dan rehat hanya tiga jam sahaja dan pukul 5 pagi dah bangun untuk event trek 1km pula. Apa pun saya masih bersyukur… tahniah untuk Fadhil,”katanya.
Sementara itu, Muhammad Faiz, abang sulung Muhammad Fadhil berkata bapanya yang sedang menjalani rawatan di Hospital Klang, menangis sebaik diberitahu tentang kejayaan anaknya itu.
“Ayah telefon sebaik sahaja adik habis berlumba, bertanyakan keputusani. Bila dapat tahu adik dapat emas, ayah terus menangis sebab tidak dapat bersama-sama menonton adik berlumba,” katanya ketika ditemui Bernama di perkarangan Velodrom Nasional.
Katanya bapa mereka yang berumur 56 tahun dimasukkan semula ke hospital kerana mengalami komplikasi selepas empat hari dibenarkan pulang ke rumah.
Menurutnya sebelum itu bapanya menjalani rawatan haemodialisis selama 24 hari di hospital itu.
“Kalau tidak masuk hospital, ayah memang hendak datang tengok adik. Kali terakhir ayah dan adik berjumpa, dua minggu sebelum Sukan SEA bermula,” katanya. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xtTh7x
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment