Dua pencuri guna lori ala Ali Baba Bujang Lapok dicekup polis Padawan
SIBURAN: Umpama filem “Ali Baba Bujang Lapok”, dua lelaki Cina yang bukan setakat memecah masuk ke dalam sebuah rumah di Taman Duranda di sini, malah melarikan pelbagai barangan dari rumah berkenaan dalam tempoh dua hari dengan menggunakan lori penarik kereta.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Merbin Lisa berkata, perbuatan itu terbongkar apabila pengadu, seorang wanita Cina membuat laporan polis pada tengah hari Jumaat lepas mengenai rumahnya yang dipecah masuk.
“Menurut mangsa, penyamun terbabit telah melarikan set televisyen, tong gas dan speaker.
“Keesokannya, sekitar jam 7 malam, pengadu sekali lagi membuat laporan polis, kali ini memaklumkan kehilangan mesin pemotong (kayu dan besi), set penjana kuasa dan set penyambung wayar.
Kata Merbin, berdasarkan maklumat mangsa, jirannya mendakwa telah melihat sebuah lori berwarna perak telah diparkir di hadapan rumah mangsa sekitar jam 5 petang.
Bertindak atas laporan tersebut, anggota siasatan jenayah Padawan telah membuat risikan dan intipan, dan pada jam 3 petang, Ahad lalu berjaya menahan seorang lelaki Cina, yang memandu lori yang disyaki digunakan untuk tujuan pecah rumah tersebut.
“Kurang dua jam kemudian, dua lagi suspek berjaya dicekup.
“Kedua-duanya yang berbangsa Cina, termasuk seorang asal dari Johor ditahan di pekarangan Balai Polis Kota Sentosa, di sini untuk membantu siasatan.
Polis kata Merbin, kemudian dipandu arah oleh kedua-dua supek yang ditahan kemudian itu menuju ke tapak pembinaan sebuah apartment Taman Green Villa Park, Jalan Batu Kitang di sini.
“Di sini kita berjaya merampas beberapa peralatan pembinaan termasuk mesin
pemotong kayu dan besi,” katanya.
Jelasnya, siasatan awal mendapati rumah yang dipecah masuk suspek dibiarkan tidak berpenghuni sejak seminggu sebelum itu kerana pengadu berpindah ke rumah baharu.
“Barang yang dilaporkan hilang merupakan milik bapa pengadu, yang kesemuanya yang disimpan untuk tujuan kerja-kerja pembinaan rumah.
Siasatan awal turut mendapati lori yang digunakan dalam aktiviti pecah rumah tersebut milik suspek pertama yang menjalankan perniagaan tarik kereta, tetapi digunakan suspek kedua yang juga adiknya dan suspek ketiga, rakan adiknya.
“Suspek pertama telah kita bebaskan setelah mendapati dia tidak terlibat dalam kes ini.
“Kita sebaliknya akan menjalankan saringan dadah terhadap dua suspek yang tinggal, kerana semakan awal mendapati suspek kedua yang berusia 33 tahun dari Batu Kitang ini mempunyai dua rekod jenayah iaitu curi kenderaan dan dadah.
“Suspek ketiga yang berusia 37 tahun dari Larkin, Johor pula mempunyai 13 rekod jenayah lampau termasuk lapan kes dadah, empat kes curi, satu kes Akta Pencegahan Jenayah (Poca), selain berada dalam senarai dikehendaki polis di Betong.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah masuk. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iDvmz5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment