Meninggal Dunia Di Stesen Bas
PARIT BUNTAR: Seorang warga emas meninggal dunia selepas turun dari sebuah bas ekspres di Hentian Raya Parit Buntar di sini, petang tadi akibat serangan jantung
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Ahmad Fudzi Omar, 63, dari Titi Serong di sini, bersama isterinya dikatakan baru pulang dari rumah anaknya di Putrajaya.
Rakan Allahyarham, Abu Bakar Hussain, berkata Ahmad Fudzi berjalan beberapa langkah selepas turun dari bas sebelum rebah di sisi isterinya dan tidak sedarkan diri.
"Anggota paramedik yang tiba tidak lama selepas itu, mengesahkan Ahmad Fudzi meninggal dunia. Mayatnya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk tindakan lanjut," katanya.
Allahyarham dan isteri dikatakan pergi ke Putrajaya dengan menaiki perkhidmatan tren elektrik (ETS) beberapa hari lalu dan pulang hari ini dengan menaiki bas ekspres.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Titi Serong pagi esok. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wf0dXx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment