Harap adik sedar...
TERSELINDUNG di sebalik kegembiraan mempertahankan emas yang dimenangi dua tahun lalu di Singapura, Siti Rahmah Mohamed Nasir dibelengu kesedihan mengenangkan adik bongsunya, Uthman Mohamed Nasir, 23, yang tidak sedarkan diri akibat kemalangan jalan raya, awal pagi kelmarin.
Juara dunia itu menundukkan pesilat Indonesia, Pipiet Kamelia, 5-0 untuk emas kesembilan skuad silat negara.
“Adik saya berada di Hospital Sungai Buloh. Dia kemalangan jalan raya pada 4 pagi semalam, saya orang pertama dapat tahu berita itu dan bergegas ke hospital dari hotel penginapan.
“Semalam, saya langsung tidak tidur kerana berada di hospital, malah ketika beraksi di separuh akhir, adik saya sedang menjalani pembedahan. Dia kini belum sedarkan diri.
“Pingat emas ini untuk keluarga, terutama ibu (Syarifah Aishah Syed Hussain Albar). Keluarga saya sepatutnya datang lihat saya beraksi namun tidak dapat kerana berada di hospital,” katanya yang terus ke Hospital Sungai Buloh selepas pertandingan.
Siti Rahmah beralih kepada silat daripada taekwondo dan dia menganggap ia keputusan tepat, membolehkannya bergelar juara dunia.
“Saya beralih pada 2008 dan pada 2009, sudah mewakili skuad silat negara ke Sukan SEA,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wlz185
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment