Dalam Diam Lelaki Akan Rasa Sakit Hati Apabila Wanita Melakukan 5 Perkara Seperti Ini
Nak diikutkan hati wanita ini memang perlu dijaga lebih-lebih lagi perasaan mereka yang senang terguris tapi dalam menjaga hati dan perasaan di satu belah pihak, kadang wanita juga perlu menjaga hati seorang lelaki. Walaupun mereka mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental tapi dia juga manusia biasa yang perlu dijaga dari pelbagai aspek.
Jadi kami senaraikan 6 perkara yang biasa dilakukan oleh wanita yang akan melukakan hati seorang lelaki.
1- Cakap keburukannya kepada kawan-kawan yang lain.
- Lelaki senang terguris apabila seorang wanita berkata-kata tentang keburukan diri lelaki itu kepada kawan-kawan yang lain. Ye, mereka nampak ok tapi sebenarnya rasa sakit itu mereka telan saja.
2- Minta untuk ubah diri
Cara ini nampak betul tapi sebenarnya pada seorang lelaki, si dia akan rasa sakit hati kerana anda minta supaya untuk berubah, ia seperi anda tidak menghargai dirinya atau tidak menerimanya seadanya. Cara yang terbaik adalah berikan contoh yang baik kepadanya, kerana lelaki lebih senang ubah diri mereka apabila orang yang dia sayang telah berubah kearah yang lebih baik.
3- Queen control
Orang lelaki dia adalah seorang pemimpin, tapi apabila seorang wanita yang mengambil alih tugas si lelaki. Lainlah jadinya. Kebanyakkan lelaki memang akan turut kata-kata perempuan, tapi jangan jadikan pasangan anda seperti mesin yang hanya menerima arahan. Banyakkan ayat minta tolong seperti " awak boleh tolong saya buatkan air tak?" Bila perempuan minta tolong jarang sekali si lelaki menolaknya.
4- Membanding-bandingkan dengan orang lain
Bab ini sama sahaja lelaki ataupun perempuan, siapa suka yang dibandingkan dengan orang lain. Sekalipun tahap kesabarannya tinggi tapi tetap ada hadnya. Pakar psikologi berkata, orang yang suka membandingkan orang lain, orang itu tidak akan menemui kebahagiaan.
5- Jangan sibuk dengan handphone
Kalau dah buat janji untuk bertemu atau keluar bersama, jangan sesekali mungkir janji. Jagalah perasaan hatinya dengan konsisten ketika bersama. Jangan sibuk dengan handphone dan dengarkan apa yang hendak dia sampaikan agar dia berasa lebih dihargai.
Sumber: Nakbebel
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wPIgA7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment