Siti Rahmah Atasi Kesedihan Untuk Meraih Emas Bagi Negara
KUALA LUMPUR – Walaupun adik lelakinya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di hospital akibat kemalangan, pesilat negara Siti Rahmah Mohamed Nasir tetap berjuang berhabis-habisan untuk menghadiahkan pingat emas buat negara dalam acara pencak silat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Pesilat berusia 30 tahun dari Terengganu itu mempertahankan emasnya dalam acara tanding kelas puteri E (65-70kg) selepas menumpaskan Pipiet Kamelia dari Indonesia 5-0 dalam pusingan akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini.
Olahragawati negara 2016 itu menerima panggilan mengenai kemalangan adiknya, Uthman, 23, pada awal pagi semalam, terus bergegas ke Hospital Sungai Buloh.
Juara dunia sebanyak tiga kali berturut-turut itu kemudian beraksi di dalam aksi separuh akhir tanpa tidur dan rehat yang secukupnya semalam, masih berjaya menewaskan Barckkam Paloy dari Laos, sebelum mengesahkan emas hari ini.
“Saya merupakan orang pertama yang menerima panggilan pada pukul empat pagi semalam kerana semua ahli keluarga saya berada di Kuala Terengganu. Mereka sepatutnya sampai ke sini pada malam untuk menyokong saya, tetapi terpaksa datang awal kerana adik.
“Saya mahu menghadiahkan kemenangan itu kepada keluarga saya yang kini berada di hospital. Adik telah menjalani pembedahan kerana ada bengkak di otak dan masih tidak sedarkan diri lagi…saya akan ke hospital untuk melihatnya selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.
Siti Rahmah berkata Sukan SEA kali ini mungkin menjadi yang terakhir baginya selepas meraih gangsa pada penampilan pertama di Sukan SEA 2009 di Laos, sebelum meraih pingat emas di Singapura dua tahun lalu.
Beliau dijangka beraksi di Kejohanan Dunia dan Sukan Asia di Indonesia pada tahun hadapan sebelum bersara.
Pingat gangsa acara itu menjadi milik Barckkam dan Nguyen Thi Yen dari Vietnam.
Sementara itu, pingat emas ke-10 Malaysia dalam pencak silat dihadiahkan oleh Muhammad Robial Sobri, selepas menumpaskan Le Si Kien dari Vietnam dalam acara tanding kelas putra H (80-85kg).
Surasak Deklee dari Thailand dan Anton Yuspermana dari Indonesia terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas tewas di separuh akhir. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wlyUsU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment